Friday, June 24, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

24 JUN


PENUBUHAN AMANAH SAHAM MARA BERHAD
Tarikh Peristiwa : 24.06.1967
Pada hari ini dalam tahun 1967, Amanah Saham Mara Berhad telah ditubuhkan dengan rasminya. Penubuhan Amanah Saham Mara Berhad yang juga merupakan anak syarikat milik Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dipengerusikan oleh Encik Abd. Ghaffar Baba ini bertujuan untuk mengumpul dana kewangan bumiputera agar dapat dilaburkan dalam bidang perdagangan dan perindustrian secara saham amanah. Usaha yang julung-julung kali diadakan ini adalah selaras dengan Resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama pada tahun 1965, yang menuntut agar kerajaan menubuhkan syarikat bagi meningkatkan penyertaan kaum bumiputera dalam bidang ekonomi. Pada peringkat awal penubuhannya Amanah Saham Mara dianggotai seramai 6 orang kakitangan dengan modal permulaan sebanyak $ 2 juta yang disediakan oleh MARA. Berikutan daripada itu Tabung Kumpulan Modal Bumiputera yang pertama telah dilancarkan pada 4 April 1968. Upacara perasmianya telah dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Abdul Razak Hussein. Hasil daripada pelancaran itu, Amanah Saham Mara telah berjaya mengutip sebanyak $ 2.2 juta daripada seluruh lapisan masyarakat kaum bumiputera. Sesungguhnya dengan penubuhan Amanah Saham Mara ini, merupakan salah usaha berterusan kerajaan selepas kemerdekaan untuk memajukan dan mempertingkatkan penyertaan kaum bumiputera dalam sektor ekonomi.

SELAMAT MEMBACA - IBM
SUMBER : ARKIB NEGARA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...