Saturday, June 11, 2011

'Konsep negara kebajikan', Pas menipu rakyat. BN dah lama buat.

DARI MEJA IBM :

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA

Negara Kebajikan : Pas Baru Terfikir, BN Sudah Lama Buat, Kata PM

PUTRAJAYA, 10 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perjuangan menjurus kepada negara kebajikan, “yang baru terfikir oleh Pas”,sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Perdana Menteri berkata Pas sepatutnya tidak mengambil modal yang dilaksanakan oleh BN untuk mewujudkan negara kebajikan kerana perkara itu sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan.

Beliau berkata penubuhan pelbagai agensi kerajaan seperti Felda dan Felcra telah menepati ciri-ciri kebajikan, yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama.

“Saya pelik dan ajaib, ada yang mencanangkan negara kebajikan…mereka baru terfikir?” katanya ketika merasmikan Konvensyen Wasatiyyah Sempena Satu Milenium Islam Di Nusantara di sini hari ini.

Baru-baru ini, Pas melaungkan untuk memperjuangkan negara kebajikan selepassekian lama mendakwa parti itu berjuang untuk menubuhkan negara Islam.



ORANG KELATE PUN NAIK MUAK DENGAN APA YANG DI KATAKAN OLEH PAS :

Kelantan sepatutnya menjadi model sebuah negeri berkebajikan jika Pas benar-benar ingin melaksanakan “konsep negara berkebajikan”, selepas diberi peluang lebih 20 tahun memerintah negeri itu.

Menegaskan demikian, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata sebaliknya tiada apa-apa perancangan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri ke arah itu sehingga sekarang.

“Hanya RM1 juta hingga RM3 juta sahaja setahun yang dibelanjakan oleh parti itu bagi kebajikan rakyat,” kata Timbalan Menteri Kewangan ituselepas merasmikan Jelujur Pangkalan Cina di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu akan menjadikan Malaysia sebagai negara berkebajikan jika diberi peluang memerintah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Dr Awang Adek berkata berasaskan perkembangan itu cadangan untuk membina sebuah negara berkebajikan hanya satu slogan untuk mengelirukan rakyat apabila gagal dengan slogan membina sebuah negara Islam disebabkan tekanan DAP.


KOMEN IBM : MEMANG PAS KAKI 'CEMPELAK'. KEHABISAN IDEA DAN TAK TAHU MALU. PAS MEMANG HAMPEHH..!

SUMBER : UMNO online.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...