Monday, June 13, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :
Assalamu'alaikum w.b.t slam ukhwah dan salam sejahtera buat semua

13 Jun
Di Dewan Rakyat

PINDAAN TERHADAP PERKARA 46 PELEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Tarikh Peristiwa : 13.06.1963

Sejak daripada pilihanraya yang pertama diadakan pada 1955, jumlah kerusi Dewan Rakyat telah mengalami banyak pertambahan sehinggalah hari ini sebanyak 192 kerusi di Dewan Rakyat. Pada hari ini 13.06.1973 Parlimen telah meluluskan satu pindaan terhadap perkara 46 Pelembagaan Persekutuan. Pindaan ini adalah bagi menambahkan kerusi Dewan Rakyat daripada 144 kepada 154. Pilihanraya yang pertama kali diadakan pada 1955, sebanyak 52 kerusi telah diperuntukan bagi memilih ahli-ahli dalam Majlis Persekutuan. Dalam tahun 1958, Suruhanjaya Pilihanraya telah menambahkan jumlah kerusi kepada 104 buah kerusi mengikuti peruntukan artikel 171 pelembagaan 1957. Apabila pilihanraya pertama diadakan pada tahun 1959, sebanyak 104 kerusi telah dipertandingkan. Kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura pada 16 September 1963, jumlah kerusi Dewan Rakyat telah bertambah kepada 159 iaitu tambahan 15 kerusi (Singapura) 16 kerusi (Sabah) dan 24 kerusi (Sarawak). Suruhanjaya Pilihanraya melalui peruntukan Perkara 113 Fasa 1 Pelembagaan Persekutuan membenarkan Suruhanjaya Pilihahraya untuk mengadakan kajian terhadap bahagian-bahagian pilihahraya persekutuan dan negeri. Perubahan-perubahan yang berlaku ke atas Dewan Rakyat dilaksanakan pada asasnya ekoran daripada pertambahannya bilangan pengundi-pengundi berdaftar bagi sesuatu kawasan pilihanraya.


SELAMAT MEMBACA : IBM

SUMBER : ARKIB NEGARA

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...