Tuesday, June 14, 2011

Tindakkan pengecut, bacul si penjenayah

DARI MEJA IBM :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

PENOLONG Kanan Penguasa SPRM, Cawangan Perisikan Khas, Putrajaya, Mhd. Yussof Zakaria menjadi mangsa simbah cat apabila kereta pacuan empat roda miliknya disimbah dengan cat merah oleh pihak yang mungkin tidak berpuas hati terhadap tindakan SPRM.


Pacuan empat roda pegawai SPRM disimbah cat merah


PUTRAJAYA: Sebuah kenderaan pacuan empat roda milik seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disimbah cat merah, disyaki angkara khianat pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan penguatkuasaan dilakukannya.

Berikutan kejadian itu, pegawai terbabit, Mhd Yussof Zakaria, 48, yang bertugas di Cawangan Perisikan Khas, Ibu Pejabat SPRM Putrajaya membuat laporan polis di Balai Polis Presint 7, di sini, semalam.

Mangsa mendapati kenderaannya disimbah cat merah pada cermin dan bahagian depan pada kira-kira jam 7 pagi semalam, ketika ke kenderaannya yang diletakkan berdekatan rumahnya di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

Pada jam kira-kira 11 malam kelmarin beliau melihat kenderaan berkenaan dalam keadaan sempurna.

Justeru, beliau mengesyaki perbuatan berkenaan dilakukan oleh individu yang marah dengan tindakan penguatkuasaan yang dilakukannya.

Bagaimanapun, beliau ketika ditemui sebaik selesai membuat laporan itu enggan memberi ulasan lanjut mengenai kejadian berkenaan kerana tidak mahu mengganggu sebarang prosedur siasatan. Sementara itu, jurucakap balai berkenaan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada pegawai terbabit.

KOMEN IBM : PERBUATAN YANG TAK BERTANGGUNGJAWAB. LAMBAT LAUN PERBUATAN SEPERTI INI AKAN DAPAT DI KESAN. SEKALI TERLEPAS, TIDAK KALI KEDUA, KETIGA.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...