Thursday, June 16, 2011

Suara Keadilan Suara Yang Di Tolak Rakyat, Lidah Syaitan

DARI MEJA IBM :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA.
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah di sini hari ini kerana mendakwa akhbar Suara Keadilan memutar belit kenyataan beliau dalam penerbitan bertarikh 7 Jun.

Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata beliau membuat laporan polis itu untuk membersihkan namanya memandangkan beliau tidak mengeluarkan kenyataan seperti yang dilaporkan oleh lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau merujuk kepada laporan di muka dua akhbar berkenaan, bertajuk ‘Kerajaan Perpaduan Berkubur – Prof Samsul Adabi’ dan laporan muka depan bertajuk ‘UMNO Putih Mata’.

Samsul Adabi berkata ketika mengulas mengenai pemilihan jawatan dalam Pas baru-baru ini, beliau membuat kesimpulan bahawa parti itu telah dikuasai oleh PKR daripada segi barisan baru penjawat jawatan dan ini menandakan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh UMNO tidak akan menjadi kenyataan.

Ditanya tentang apa sebenarnya yang beliau katakan tentang Barisan Nasional (BN), Samsul Adabi berkata beliau percaya BN masih boleh menang besar dan selesa dalam pilihan raya akan datang sungguhpun tanpa sokongan Pas bagi menubuhkan kerajaan perpaduan itu.

Bagaimanapun, apa yang dilaporkan adalah sebaliknya. Kenyataan seperti UMNO putih mata dan akan berdepan kesukaran dalam pilihan raya umum ke-13… beliau tidak kata begitu.

Kenyataan beliau telah dimanipulasi bagi menyokong ideologi mereka. Beliau berasa kecewa dan sedih. Tidak wajar bagi sesebuah akhbar untuk berbuat begini kepada sesiapapun, terutamanya ahli akademik seperti beliau.

Mengenai sama ada beliau mahu akhbar terbabit memohon maaf, menarik balik artikel itu atau membuat pembetulan, beliau berkata setakat ini, masih memikirkan langkah seterusnya yang akan diambil.

KOMEN IBM : SURUH DEPA MINTA MAAF DAN SAMAN SEKALI. JANGAN KASI MUKA KAT DEPA TU.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...