Monday, June 6, 2011

'Fatwa' Nik Aziz pembohongan terbesar, setaraf dengan dajal

DARI MEJA IBM :

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA


Menuduh UMNO mempunyai unsur kafir adalah keterlaluan dan ia berpunca daripada sikap taksub dengan andaian kononnya UMNO memperjuangkan kemuliaan islam dan nasib orang Melayu menolak Al-Quran dan Hadis.

Menuduh UMNO mempunyai unsur kafir adalah keterlaluan dan ia berpunca daripada sikap taksub dengan andaian kononnya UMNO memperjuangkan kemuliaan islam dan nasib orang Melayu menolak Al-Quran dan Hadis.

Fatwa ini boleh dianggap sebagai satu kesinambungan fatwa kafir-mengkafir yang belum selesai akibat sikap pemimpin Pas yang enggan mengakui bahawa fatwa itu salah. Mereka takut partinya hilang kredibiliti di kala Pas mahu mempercayai ia berada di ambang kuasa.


Kini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula mendakwa bahawa UMNO mempunyai unsur kafir kerana menolak Islam, menolak Al-Quran dan Hadis dan ia diyakini akan mencetuskan gelombang krisis akidah yang lebih besar menjelang pilihanraya akan datang. Nik Aziz harus membuat penegasan yang jelas dan tidak mengelirukan: Adakah beliau bermaksud UMNO menolak Al-Quran secara total atau UMNO hanya tidak melaksanakan bahagian-bahagian tertentu sahaja dalam Al-Quran.


UMNO hanya boleh dikatakan kafir kalau menolak Al-Quran secara total, hadis mutawatir dan Islam. Tetapi kalau tidak melaksanakan bahagian-bahagian tertentu dalam Al-Quran atau hadis yang mutawatir, Nik Aziz tidak boleh menfatwakan UMNo sebagai kafir.


Dan kalau apa yang dimaksudkan oleh Nik Aziz di sebalik kata-kata: ‘Menggunakan peraturan lain sebagai undang-undang negara’ ialah tidak melaksanakan hukum Hudud, UMNO sebenarnyatidak pernah menentang Hudud dan telah beberapa kali menjelaskan sejajar dengan apa yang dibolehkan oleh hukum Islam.


Sesungguhnya UMNO tidak pernah menolak Islam, Al-Quran dan Hadis mutawatir yang boleh menjatuhkannya sebagai kafir dan sentiasa menjunjung dan mendaulatkannya untuk kesempurnaan kehidupan rakyat sesama Islam di dunia dan akhirat.


Tuduhan Nik Aziz itu amat berat di sisi agama, amat menyedihkan, meremukkan hati umat Melayu dan mengelirukan umat Islam. Tuduhan yang akan dianggap oleh pengikut Pas sebagai fatwa akan meluaskan lagi rekah pengikut Pas dengan pengikut UMNO dan sekaligus menjurus kepada persoalan keikhlasan pemimpin Pas, yang sebagai seorang insan Muslim yang sepatutnya berdakwah dan bukannya menghukum orang lain kafir.


Nik Aziz tidak perlu berselindung di sebalik kata-kata, ‘UMNo mempunyai unsur kafir’ untuk mengelirukan ahli Pas yang akan menerimanya sebagai fatwa baru bahawa UMNO kafir. Kalau benar beliau menyebut bahawa UMNO menolak Al-Quran dan beerti kafir, ia adalah satu pembohongan dan dusta yang teramat besar menjelang alaf baru.

Jika para pemimpin Pas tidak membetulkan kesalahan ‘fatwa’ Nik Aziz ini, jika disalah tafsir oleh para pengikut Pas dan jika disalah lafaz kepada ahli UMNO oleh golongan fanatik Pas, adalah dibimbangi kekafiran itu akan kembali kepada mereka.


Dan tidakkah Nik Aziz sedar dengan kedudukannya sebagai ulamak, Menteri Besar dan Mursyidul Am yang lebih tinggi daripada Presiden Pas, fatwa songsangnya boleh merosakkan akidah pengikutnya sendiri?

Mungkin benar pendapat yang mengatakan terdapat unsur khawarij dalam Pas kerana parti itu dengan senang menuduh UMNO kafir semata-mata tidak sealiran dengannya walaupun matlamat perjuangan sama. Justeru Nik Aziz tidak boleh lari daripada tanggungjawab jika umat Islam berpecah, rosak akidah dan kuasa politik Melayu hancur. Dan beliau juga tidak boleh menganggap tohmahan itu sebagai ‘cakap-cakap polotik sahaja apabila tersepit nanti.


KOMEN IBM : MEMANG NIK AZIZ NI DAH SESAT DAN NYANYUK. TAK BOLEH DI PAKAI LAGI. FATWANYA ADALAH BISIKAN DARI SYAITAN ATAU DAJAL YANG TELAH TURUN KE MUKA BUMI INI BAGI TUJUAN MENYESATKAN SEMUA UMAT ISLAM. FATWANYA TAK BOLEH DI PAKAI BOLEH DI BUANG KE DALAM TONG SAMPAH.

2 comments:

  1. biasa la, lagi besar serban, lagi besar la setannya.
    Jemput singgah ke blog saya http://dtenggara.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. enalrahim : Salam ukhwah dan salam perjuangan. Betul tu. serban juak-juak Pas memang penuh dgn syaitan. Perangai mereka pun dah mcm syaitan, menghalalkan yg haram...

    Insyallah saya akan layari blog tuan, moga kita dpt bertukar-tukar pendapat, insyallah. Terima kasi di atas komen tuan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...