Tuesday, June 7, 2011

Hj Hadi Berangan Untuk menjadi PERDANA MENTERI

DARI MEJA IBM :

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA


Apabila IBM meneliti dan baca kenyataan Datuk Seri Nazri di dalam beberapa buah akhbar, memang ada lojiknya Presiden Pas, Hj Hadi Awang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Dari percakapannya dan gaya politik serta perjuangan Pas, jelas sudah jauh tersasar dari perjuangan asalnya yang ingin mendirikan negara Islam dan memperjuangankan Agama Islam. Pas bersama rakan-rakan kongsinya PKR dan DAP mendahulukan kepentingan politik dan peribadi.

KUALA LUMPUR Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberi PKR dan DAP peringatan mengenai imej liberal yang hendak dibawa PAS sambil menegaskan, presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bercita-cita mahu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri menanti dari Pakatan Rakyat.

Berkongsi analisis beliau berhubung pemilihan PAS yang diadakan akhir minggu lalu, ahli Majlis Tertinggi itu berkata, trend baru muncul di parti Islam konservatif itu – nafsu baru untuk berkuasa.

Kata Nazri (gambar), permainan politik baru kepimpinan PAS bertujuan mahu mengubahsuai imej Islamnya agar ia kelihatan dapat diterima oleh bukan Islam dan seterusnya menjadi parti yang kuat dalam Pakatan Rakyat, mengatasi kedudukan PKR dan DAP.

Adakah muka ini layak menjadi seorang Perdana Menteri..?

Sehubungan itu, menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkata, kebangkitan PAS akan membawa kepada pergolakan kuasa dalam Pakatan Rakyat semasa pilihan raya umum akan datang kerana mereka akan cuba untuk mengatasi satu sama lain untuk mendapatkan perwakilan besar dalam Parlimen.

“Sudah pasti, mereka akan bertelagah. Saya fikir Hadi sedar bahawa ada peluang bagi beliau untuk menjadi pemimpin Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

“JIka beliau berfikir bahawa beliau boleh menawan Putrajaya, maka beliau mahu menjadi perdana menteri. Itu sebabnya beliau memaksa parti itu mengubah imej sebab beliau tahu bahawa Anwar berada dalam masalah dan PAS mahu menjadi parti yang kukuh dalam Pakatan Rakyat,” kata Nazri pada sidang media di sini hari ini.

KESIMPULANNYA LAYAK KE HJ HADI MENJADI SEORANG PERDANA MENTERI..? RAKYAT SEMUA BOLEH TERIMA KE..?...NAK TERGELAK LE PULAK NI.....:)


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...