Friday, June 24, 2011

SAH ! MEMANG ANWAR PELAKUNYA. APA LAGI MAHU CERITA ?

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Pakar Amerika Syarikat Sahkan Pelaku Dalam Video Seks Serupa Anwar


KUALA LUMPUR, 24 JunSeorang pakar dari Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video seks yang ditayangkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung Perkasa, Datuk Shuib Lazim adalah tulen dan tidak ada sebarang ‘tampering’ (diubah-ubah) dan ‘superimpose’ (gambar ditindih) dilakukan.

Pakar daripada Dartmouth College, Hanover, New Hampshire itu, juga mengesahkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan seorang wanita dalam video itu adalah serupa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu terkandung dalam fakta kes yang dibacakan di Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah Shazryl dan Shuib mengaku bersalah terhadap pertuduhan menayangkan secara terbuka adegan lucah iaitu hubungan seks antara lelaki dan perempuan.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby pula mengaku bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan kedua-duanya melakukan perkara yang sama.

Majistret Aizatul Akmal Maharani mengenakan denda RM3,000 terhadap Shazryl, RM1,500 kepada Shuib dan RM1,000 kepada Rahim.

Mengikut fakta kes, pada akhir Februari lepas, Shazryl berjumpa dengan Shuib di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor berkenaan satu peranti storan media (pendrive) yang mengandungi rakaman hubungan seks antara seorang lelaki dipercayai Anwarbersama seorang perempuan warga negara China.

Selepas mereka berbincang dengan Abdul Rahim, tayangan rakaman video berkenaan dibuat di Hotel Carcosa Seri Negara pada 10 pagi 21 Mac, dengan menjemput beberapa wartawan menyaksikannya di bilik Seri Makmur.

Penayangan rakaman video itu menggunakan sebuah LCD kepunyaan Shazryl dibuat, dan Shazryl menerangkan bahawa gambar beliau turut terakam sebelum rakaman hubungan seks berkenaan.

Tayangan yang berakhir pada 12 tengah hari itu disaksikan 13 wartawan.


Pada satu sidang akhbar pada 4 petang 23 Mac, Shazryl dan Abdul Rahim mengaku bahawa selain mereka, Shuib turut bertanggungjawab membuat perkara yang sama (menayangkan rakaman video kepada wartawan).

Keesokannya, Shazryl dan Abdul Rahim menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan menyerahkan peranti yang mengandungi rakaman itu manakala Shuib menyerah diri pada 25 Mac.

Menurut fakta kes itu lagi, hasil analisis oleh Prof Hany Farid dan Prof Lorenzo Torresani dari Dartmouth College itu, telah mengesahkan rakaman itu adalah tulen tanpa sebarang ‘tampering’ dan ‘superimpose’ serta berasal daripada satu alat perakam yang diambil daripada Shazryl.

Kedua-dua pakar berkenaan juga telah menjalankan analisis terhadap muka lelaki dalam rakaman video itu dan hasilnya mendapati ia menyerupai Anwar.

Terdahulu, peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili AbdulRahim, dalam rayuannya berkata pendedahan itu bukanlah bertujuan memaparkan aksi lucah tetapi untuk mendedahkan perangai buruk seorang pemimpin yang tidak bermoral.

Beliau berkata tertuduh juga telah memberikan kerjasama kepada polis manakala rakaman itu tidak didedahkan kepada kanak-kanak.

Majistret Aizatul Akmal sebelum menjatuhkan hukuman, berkata mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam, pengakuan salah dan latar belakang ketiga-tiga tertuduh tetapi pada masa yang sama, faktor kepentingan awam perlu diseimbangkan.

Dalam prosiding itu, mahkamah ditayangkan rakaman video tersebut selama 10 minit yang turut disaksikan orang awam termasuk pihak media.

Pendakwaan dilakukan Datuk Kamaluddin Mohd Said dan Mohamad Zakaria Hanafiah.


MEMANG KANTOI ANWAR KALI INI. APA LAGI ALASAN YANG DIA NAK BERI. APA LAGI, BILA MAHKAMAH NAK DAKWA ANWAR PULA..? - IBM

2 comments:

  1. Salam Sdr IBM,
    Susah juga nak dakwa Nuar ni, kalau nak juga kena import hakim dari Israel yang berketurunan Yahudi.

    ReplyDelete
  2. W'kumusallam. Betyl tu. Dia memang kaki temberang, pembelit dan akalnya panjang, tapi bro, sejauh mana dia boleh lari dari kenyataan, undang2 akan menentukan dn jgn lupa kuasa Allah SWT. Anwar bukan malaikat/nabi....insyallah dia akan menerima balasan di atas perbuataan kejinya itu. cukuplah...dia telah byk memudaratkan negara, memecah belahkan masyarakat di negara ini. Time has come....kita singkirkan manusia yg bernama Anwar dan sumbatkan dia kedalam jail.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...