Saturday, June 11, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA

11 JUN

HARI INI DALAM SEJARAH :

DATO ONN JAAFAR MELETAK JAWATAN SEBAGAI PRESIDEN UMNO

Pada hari ini 11.06.1950, Presiden United Malay National Organisation (UMNO) Dato Onn Jaafar meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO. Surat perletakkan jawatan Dato Onn dibacakan oleh Dato Nik Ahmad Kamil, Menteri Besar Kelantan dalam perhimpunan Agong UMNO di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. 7 orang ahli Majlis Tertinggi dari jumlah keseluruhan 19 orang menurut jejak langkah Dato Onn. 7 orang yang turut meletakkan jawatan itu ialah Timbalan Presiden, Dato Hamzah, Pegawai Kewangan Encik Megat Yunus, Raja Ayoub, Presiden UMNO Cawangan Kuala Lumpur, Encik Naziruddin, Kapten Hussein dan Encik S.M. Idid. Dato Onn Jaafar adalah Presiden UMNO yang pertama sejak UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Perletakkan jawatan beliau ini berpunca daripada pertelagahan dalam Mesyuarat Agung terutamanya mengenai reaksi UMNO terhadap cadangan Communities Liason Committee tentang kewarganegaraan. Dato Onn sedia membuka keahlian UMNO kepada kaum bukan Melayu. Ini mendapat tentangan hebat dari ahli-ahli UMNO yang berpegang kepada Perlembagaan UMNO iaitu hanya untuk orang Melayu sahaja. Tidak syak lagi perletakkan jawatan Dato Onn ini merupakan satu kehilangan besar kepada kepimpinan UMNO pada saat orang Melayu masih berada di tahap ketinggalan dalam semua bidang.


SELAMAT MEMBACA, IKHLAS DARI : IBM

SUMBER : ARKIB NEGARA

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...