Sunday, June 12, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :

Assalamu'alaikum w.b.t salam ukhwah dan salam sejahtera

12 JUN

HARI INI DALAM SEJARAH :

RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PILIHANRAYA (PINDAAN) 1981 DILULUSKAN
Tarikh Peristiwa : 12.06.1981

Proses Perubahan yang berlaku di dalam masyarakat biasanya berpunca daripada rakyat itu sendiri. Perubahan ini dilakukan dalam pelbagai pendekatan dan cara. Antaranya melalui saluran yang disampaikan melalui ahli-ahli parlimen di Dewan Rakyat. Pada hari ini 12.6.1981, Dewan Rakyat sebulat suara telah meluluskan Undang-undang Suruhanjaya Pilihanraya (Pindaan) 1981. Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pilihanraya (Pindaan) 1981 bertujuan membolehkan Suruhanjaya Pilihanraya menjalankan tugas lebih kemas dan teratur. Y.B. Dato Pengiran Othman Rauf Menteri Tidak Berportfolio ketika mengulung perbahasan Rang Undang-undang ini menyatakan bahawa kajian sedang dijalankan bagi mengkaji kawasan-kawasan pilihanraya yang dilakukan antara 8 hingga 10 tahun sekali. Selain daripada itu Dato' Pengiran Othman Rauf menjelaskan setakat ini kerajaan sedang mengkaji kertas-kertas pencalonan di mana yang fikirkan perlu diperbaiki bagi memudahkan calon-claon untuk mengisi borang pencalonan. Mengenai gaji dan elaun Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Dato Pengiran Othman menjelaskan kerajaan tidak bercadang menaikan gaji dan elaun mereka pada masa ini. Diharap dengan adanya pindaan ke atas Rang Undang-undang ini, Suruhanjaya Pilihanraya akan dapat berfungsi dengan lebih kemas dan teratur.


SELAMAT MEMBACA. DARI : IBM

SUMBER : ARKIB NEGARA

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...