Monday, June 20, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

20 JUN

(Gambar Hiasan)

HARI INI DALAM SEJARAH :

PERASMIAN MAKTAB TENTERA PERSEKUTUAN SUNGAI BESI
Tarikh Peristiwa : 20.06.1961

Pada hari ini 20.06.1961, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullial telah berkenan merasmikan Maktab Tentera Persekutuan di Sungai Besi. Upacara gilang gemilang dan bersejarah ini telah dihadiri oleh kira-kira 500 orang tetamu. Turut hadir dalam majlis ini ialah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung, Sultan Selangor dan Tengku Ampuan Selangor, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan isteri, Menteri Pertahanan, Duta-duta Kerajaan Asing, anggota-anggota kabinet, dan Leftenan General Sir Roodney Moor. Upacara ini telah dimulakan dengan perbarisan oleh kira-kira 325 orang pegawai-pegawai kadet termasuk 240 orang penuntut-penuntut maktab tersebut. Penubuhan Maktab Tentera Persekutuan ini merupakan sesuatu yang besar ertinya bagi Persekutuan Tanah Melayu. Inilah satu-satunya pusat latihan bagi bakal pegawai-pegawai tentera Tanah Melayu yang akan menjamin mutu perkhidmatan tentera di Persekutuan dan ia juga adalah satu-satunya maktab tentera yang terbesar di Asia Tenggara. Maktab tentera ini ditubuhkan dengan tujuan menyediakan anak-anak muda untuk memainkan peranan mereka sebagai pegawai-pegawai dalam Angkatan Tentera Persekutuan, dalam jawatan-jawatan tinggi perkhidmatan awam dan juga sebagai pemimpin-pemimpin dalam lapangan ikhtisas, perdagangan dan perusahaan negara ini. Maktab Tentera Persekutuan ini dibina atas kawasan seluas 127 ekar dengan perbelanjaan sebanyak 20 juta ringgit dan dilengkapkan dengan bangunan sekolah, asrama penuntut-penuntut, rumah kakitangan dan pegawai untuk 1,200 orang, dewan, pejabat pentadbiran, padang permainan atau perbarisan dan tasik untuk latihan air. Pembinaan maktab ini dimulakan pada sejak 27 April 1959. Maktab ini bukanlah hanya semata-mata memberikan latihan ketenteraan, tetapi juga menyediakan bidang pelajaran akademik dalam aliran sains dan sastera hingga ke peringkat tinggi. Sejarah penubuhan Maktab Tentera Persekutuan ini telah bermula semenjak 1 Julai 1952 apabila Maktab Tentera Persekutuan ini buat pertama kalinya di tubuhkan di Port Dickson. Kemudian pada April 1961 maktab tentera ini telah dipindahkan ke bangunan barunya ini di Sungai Besi.

SELAMAT MEMBACA SEMUA. IKHLAS DARI : IBM

SUMBER : ARKIB NEGARA

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...