Wednesday, June 15, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

15 JUN

HARI INI DALAM SEJARAH :

BANGSA-BANGSA BERSATU MELULUSKAN BANTUAN PEMBINAAN SEBUAH PUSAT LATIHAN NELAYAN DI PULAU PINANG BERJUMLAH $4.8.JUTA
Tarikh Peristiwa : 15.06.1968

Pada hari ini 15.6.1968, Bangsa-bangsa Bersatu telah meluluskan bantuan sebanyak $4.8 juta bagi pembinaan sebuah Pusat Latihan Nelayan berharga $9.2 juta di Pulau Pinang. Bantuan ini telah diumumkan dalam pejabat Bangsa-bangsa Bersatu. Baki perbelanjaan bagi membina pusat itu akan dibiayai oleh kerajaan Malaysia. Projek ini akan ditadbirkan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (F.A.O.) Bangsa-bangsa Bersatu. Apabila projek ini siap kelak ia akan melatih ahli-ahli teknik perikanan yang mahir saperti 'Master Fisherman dan Marine Engineers' untuk perusahan menangkap ikan di perairan pantai yang lebih dalam yang selama ini tidak dapat dijalankan dengan berkesan. Ini disebabkan kekurangan kakitangan yang terlatih untuk mengendalikan kapal-kapal dan alat-alat kelengkapan yang lebih baik di kawasan ini. Pusat ini akan memajukan perusahan perikanan dan memberi latihan kepada kira-kira 50 orang nelayan tiap-tiap tahun.

Latihan di pusat tersebut akan terbahagi kepada tiga jenis kursus iaitu:-

  1. Kursus jangka pendek bagi melatih ahli-ahli serang dan jurutera-jurutera kapal yang ada sekarang untuk mengendalikan kapal-kapal dan alat- alat penangkapan ikan yang lebih baik.
  2. Kursus jangka panjang bagi pelatih- pelatih baru.
  3. Kursus khas bagi pelatih dari Malaysia Timur mengenai cara-cara moden menangkap udang.

Dengan kelulusan bantuan Pusat Latihan Nelayan Pulau Pinang pada hari ini dalam tahun 1968 maka diharapkan lebih ramai lagi juruteknik-juruteknik perikanan yang mahir dalam penternakan ikan dan menyelenggarakan kapal laut, akan dapat dikeluarkan apabila Pusat ini siap kelak.

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. IKHLAS DARI : IBM

SUMBER : ARKIB NEGARA

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...