Wednesday, June 15, 2011

Gaji minimum sebelum hujung tahun, terima kasih PM !

DARI MEJA IBM :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA.


Ini baru betul. Inilah sebenarnya kerajaan kebajikan yang telah lama di amalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). "Rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan". Slogan ini terus relevan sampai sekarang selagi BN memerintah.

Bukan seperti pembangkang, celok idea dari kerajaan BN, terutamannya Pas yang menukar haluan daripada menubuhkan kerajaan negara Islam kepada kerajaan berkebajikan. Dari sini, kita dapat menilaikan akan kebodohan parti pembangkang. Para pemimpinnya ketandusan idea dan menuduh kerajaan BN mencepelak idea mereka.

Di atas keperhatinan kerajaan BN, semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa perlaksanaan gaji minimum kepada seluruh pekerja di seluruh negara bakal dilaksanakan sebelu hujung tahun ini. Perkara ini akan dilaksanakan selepas Parlimen meluluskan Rang undang-undang Konsultansi Gaji Negara yang akan dibuat pada sesi Parlimen nanti.

Beliau berharap dengan perlaksanaan gaji minimum akan menguntungkan semua pihak supaya negara mampu mencapai negara maju dengan pendapatan tinggi menjelang "2020. Ucapan yang mengembirakan pekerja seluruh negara di buat semasa beliau merasmikan Makan Malam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) malam semalam.

KOMEN IBM : BERITA YANG MENGEMBIRAKAN SEMUA RAKYAT. TERIMA KASIH PM !
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...