Friday, June 24, 2011

Transformasi Politik Tidak Perlu - Dr M

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak memerlukan transformasi dalam sistem politik meskipun sedang melakukan perubahan ekonominya untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini kerana sistem politik sedia ada tidak begitu teruk dan boleh diperbaiki.

''Sistem politik negara ini tidak boleh mengalami transformasi (hanya) kerana negara-negara lain melakukan perubahan. Transformasi sistem (politik) hanya boleh dilakukan apabila ada keperluan dan ia perlu mendatangkan kebaikan,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk Politik Malaysia: Perlukah ia berubah selari dengan transformasi ekonomi? anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, sistem politik Malaysia bukan mudah untuk ditransformasi kerana negara ini begitu unik dengan mempunyai pelbagai kaum, budaya, agama, bahasa dan 30 etnik.

''Falsafah asas penubuhan negara mengambil kira bahawa semua rakyat mesti bersedia untuk menerima dalam memastikan kestabilan.

''Sebab itu kalau kita tengok, orang Melayu atau Cina menerima apa sahaja kelebihan dan kekurangan masing-masing selama separuh abad ini, sejak merdeka,'' katanya.

IBM SETUJU DENGAN APA YANG DI KATAKAN OLEH MANTAN PM KITA, TUN DR MAHATHIR. APA YANG NAK DI TRANSFORM KAN, SEDANGKAN PENGAMALAN POLITIK TANAH AIR ADALAH YANG TERBAIK DI DUNIA.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...