Saturday, June 25, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAH UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA


25 JUN


PERASMIAN SEMINAR MENGAJAR BAHASA INGGERIS DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

TARIKH PERISTIWA : 25.06.1979

Pada hari ini 25.06.1979, Seminar mengajar Bahasa Inggeris di Institut Pengajian Tinggi pada tahun-tahun 1980-an yang ulung kali diadakan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Tan Sri Datuk Haji Murad bin Mohd Noor di Institut Teknologi MARA (ITM) di Shah Alam. Seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Hal-Ehwal Akademik ITM berlangsung selama 5 hari, bertujuan antara lain untuk bertukar-tukar fikiran dan maklumat serta pengalaman dalam pengajaran bahasa kedua/Bahasa Inggeris di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia dan juga untuk membiasakan pihak yang terlibat dalam pengajaran Bahasa Inggeris menghadapi dekad 80-an. Seminar ini disertai oleh wakil-wakil daripada Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia, ITM dan juga beberapa buah institusi bahasa juga dari Regional Language Centre Institute, Singapura. Sesungguhnya seminar yang dirasmikan pada hari ini bukan sahaja menjadi wadah untuk peserta-peserta bertukar pengalaman tetapi juga untuk menghadapi dekad 80-an di mana bahasa Inggeris tetap menjadi bahasa kedua dan rujukan kebanyakan cabang ilmu tanpa menafikan kemampuan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu yang telah pun membuktikan keupayaannya.

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA - IBM
SUMBER : ARKIB NEGARA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...