Tuesday, June 7, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA

07 JUN

HARI INI DALAM SEJARAH :

PERKHIDMATAN PENYIARAN DI SARAWAK BERMULA
Tarikh Peristiwa : 07.06.1954

Perkhidmatan penyiaran terutamanya siaran Radio telah mula beroperasi di Malaya sejak tahun 1946 lagi. Perkhidmatan ini bermula sebagai sebuah pertubuhan seluruh Tanah Melayu yang ditadbirkan dari Singapura. Selepas penubuhan Malaysia pada 1963 perkhidmatan penyiaran telah dicantumkan dengan perkhidmatan penyiaran di Sabah dan Sarawak. Perkhidmatan penyiaran di Sabah dan Sarawak mempunyai susur galur sejarahnya tersendiri. Di Sarawak perkhidmatan penyiarannya bermula pada hari ini 7 Jun 1954. Perkhidmatan bermula dengan hanya sebuah pemancar gelombang pendek dan sebuah gelombang sederhana yang dibuat dalam Bahasa Inggeris, Melayu, China dan Iban. Pada masa itu jumlah masa siarannya amat terhad iaitu, hanya 3 3/4 jam sehari pada hari-hari biasa dan 6 3/4 jam sehari pada hujung minggu. Selepas penubuhan Malaysia Perkhidmatan Radio Sarawak ini telah dikenali sebagai Radio Malaysia, Sarawak. Masa siarannya telah ditambah kepada 16 3/4 jam bagi hari-hari biasa dan 18 3/4 jam bagi hujung minggu. Menjelang tahun 1965 masa siaran telah ditambah lagi. Pada Jun 1963 satu rangkaian baru telah dibuka dengan rasminya iaitu untuk faedah kaum-kaum di Sarawak, rangkaian ini dalam loghat Biatah, Bau/Jagoi dan Bukar/Sadong. Siaran dalam Bahasa Melayu, Inggeris, China telah juga dimulakan. Perkhidmatan Melayu meyiarkan berita-berita dalam Bahasa Melayu dan Malanau satu kali seminggu. Sementara berita-berirta dunia dan berita-berita mengenai perkembangan dalam negara disiarkan tiap-tiap hari dari Kuala Lumpur. Perkhidmatan penyiaran Sarawak yang bermula pada hari ini dalam tahun 1954 adalah merupakan sejarah awal penyiaran di Sarawak. Bermula dari tarikh ini kemudiannya perkhidmatan ini telah digabongkan dengan perkhidmatan penyiaran yang berpusat di Kuala Lumpur selepas penubuhan Malaysia. Stesen Radio ini penting terutama sebagai alat utama menyampaikan maklumat-maklumat daripada Kerajaan kepada rakyat dan juga sebagai alat utama mengeratkan perpaduan di kalangan negeri-negeri Sabah/Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu. Sehingga hari ini radio tetap berperanan sebagai penghubung utama antara rakyat dan Kerajaan.

SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM

SUMBER : ARKIB NEGARA

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...