Tuesday, June 21, 2011

The Malaysian Insider juga akhbar pencetus fitnah, macam Harakah, jom 'Boikot'

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA


The Malaysian Insider dianggap putar belit fakta

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) seakan-akan berpatah arang dengan portal berita The Malaysian Insider apabila menegaskan tidak akan ada pemimpinnya memberi kenyataan kepada portal berita propembangkang itu selepas ini.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, tindakan itu diambil kerana portal berita tersebut terbukti seringkali memutarbelitkan fakta termasuk laporan mengenai pelancaran perhimpunan Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru semalam.

Katanya, paling dikesalkan tajuk laporan portal tersebut iaitu 'Perkasa bakar gambar Ambiga, minta kaum Cina jauhi Bersih 2.0' menunjukkan seolah-olah kaum Cina menjadi sasaran Perkasa sedangkan ia tidak pernah dibangkitkan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali dalam perhimpunan tersebut.

"Kami tidak langsung berniat demikian apatah lagi perhimpunan itu dihadiri pelbagai kaum termasuk kaum Cina. Kalau Ibrahim kata begitu, sudah tentu ia menimbulkan kemarahan kaum Cina di situ.

"Presiden cuma kata kaum Cina perlu simpan bekalan makanan kerana apa saja boleh berlaku sebagai perumpamaan. Tetapi beliau langsung tidak mengatakan mereka usah keluar rumah dan menyertai Bersih.

"Kalau ingatan tidak sertai Bersih, itu untuk semua kaum kerana ia mengancam keselamatan negara. Bukan dituju kepada kaum Cina sahaja. Jelas, laporan itu diputar belitkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

"Portal itu mengatakan hanya 500 penyokong yang hadir pada pelancaran tersebut. Hakikatnya, yang datang lebih 3,000 orang .

"Laporan itu jelas tidak adil. Mulai hari ini tiada lagi kenyataan dari Perkasa kepada The Malaysian Insider sehingga mereka perbetulkan apa yang tidak betul," katanya.

Sementara itu, Ibrahim dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia memberitahu, semua kenyataannya adalah untuk memberi kesedaran sebagai langkah pencegahan terhadap perkara tidak diingini.

"Saya yakin yang keluar berdemonstrasi kebanyakannya orang Melayu yang menyokong pembangkang. Orang Cina tidak suka berbuat demikian, jadi lebih elok mereka duduk di rumah dan tidak terlibat. Itu maksud saya," katanya.

NAMPAKNYA DEPA NI BELAJAR DARI HARAKAH DAILY. CEPAT LARIS SEBAB DI DALAM NYA PENUH DENGAN FITNAH SEMATA-MATA. WAJAR JUGA MALAYSIA INSIDER NI DI BOIKOT - IBM

2 comments:

  1. Salam IBM,
    Ni semua adik beradik dan suku sakat Malaysia Kini dan Free Malaysia Today. Kerja dia orang cari isu yang boleh melagakan orang.

    ReplyDelete
  2. W'kumusallam. Elok kalau akhbar2 mcm ini di haramkan saja. Byk buruk dari baiknya. Yg hairan bila utusan Malaysia membuat gempar kat depa, cepat2 suruh minta maaf dan boikot. Jadi kita pun boleh boikot sama, x jadi hal kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...