Sunday, June 26, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

26 JUN

Hotel Casa De La Rosa Cameron Highland (Gambar Hiasan)

PERASMIAN STESEN JANAELEKTRIK HIDRO CAMERON HIGHLANDS
TARIKH PERISTIWA : 26.06.1963
Pada hari ini dalam tahun 1963, Stesen Janaelektrik Hidro di Cameron Highlands telah disempurnakan perasmiannya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Hishamuddin Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah. Projek yang telah memulakan pembinaannya pada tahun 1959 ini telah menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 125 juta dengan pembiayaan secara bersama oleh kerajaan Persekutuan dengan Bank Pemulihan dan Pembangunan Antarabangsa serta Syarikat Pembangunan Kewangan Berhad. Kerja pembinaan stesen ini juga melibatkan tenaga kerja yang ramai serta bantuan daripada pakar jurutera dan juruteknik daripada Jerman, Austria, Itali, Switzerland dan Britain. Stesen ini berkeupayan menyediakan sebanyak RM 326 juta unit kuasa elektrik setahun bagi menampung keperluan untuk menyediakan keperluan tenaga elektrik negara. Sesungguhnya, kejayaan projek ini telah membuka lembaran baru dalam bidang penjanaan tenaga elektrik negara serta menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam mengisi ruang kemerdekaan bagi menyediakan kemudahan kepada rakyat.
Sebuah ladang teh di Cameron Highland (Gambar Hiasan)

SELAMAT MEMBACA - IBM
SUMBER : ARKIB NEGARA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...