Sunday, December 12, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH

12 Desember


BENDAHARA WAN AHMAD DITABAL SEBAGAI SULTAN PAHANG

Tarikh Peristiwa Pada 12 Desember 1844

Pada hari ini dalam tahun 1844, Bendahara Wan Ahamad telah ditabalkan sebagai pemerintah negeri Pahang secara rasminya oleh Orang-orang Besar Pahang. Baginda telah memakai gelaran Sultan Ahmad Mu’azzam Shah dan merupakan Sultan Pahang yang pertama dalam keturunan Kesultanan Pahang yang sedang memerintah hingga ke hari ini. Kesultanan baginda telah diiktiraf oleh Inggeris sebagai pemerintah Pahang pada 1 September 1868 melalui satu perjanjian mengenai sempadan yang telah ditandatangani di antara Temenggong Abu Bakar dengan Bendahara Wan Ahmad dengan disaksikan oleh Gabenor Sir Harry Ord. Bendahara Wan Ahmad berjaya memperolehi takhta pemerintahan negeri Pahang melalui penentangan terhadap Bendahara Tun Mutahir yang memerintah negeri Pahang ketika itu. Peperangan yang meletus di antara kedua-dua belah pihak ini telah memihak kepada Bendahara Wan Ahmad yang telah mendapat bantuan daripada Sultan Mahmud bekas Sultan Riau-Lingga dan Sultan Umar, Sultan Terengganu. Bendahara Wan Ahmad telah berjaya menguasai negeri Pahang pada 10 Jun 1863, berikutan itu baginda telah dilantik sebagai Bendahara Pemerintah negeri Pahang dengan gelaran Bendahara Seri Wak Raja oleh Orang-orang Besar Pahang.



FRANK SWETTENHAM MENAMATKAN TUGASNYA SEBAGAI RESIDEN GENERAL NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU

Tarikh Peristiwa Pada 12 Desember 1901


Pada hari ini dalam tahun 1901, Frank Swettenham telah menamatkan tugasnya sebagai residen General Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang meliputi Negeri-negeri Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang. Beliau telah memulakan perkhidmatan pada 1 Januari 1901 sebagai Residen General pertama Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang ditubuhkan dalam tahun 1896. Sebelum beliau dilantik sebagai Residen General Negeri-negeri Melayu Bersekutu, beliau juga pernah memangku dan memegang jawatan Residen Selangor dari 2 Oktober 1882 sehingga 31 Mei 1889. Beliau turut memangku jawatan Residan Perak pada masa yang sama juga iaitu dari 22 Mac 1884 sehingga Januari 1886. Manakala dari 1 Jun 1889 hingga 30 Jun, Frank Swettenham telah dilantik sebagai Residen Perak. Beliau kemudiannya telah digantikan oleh W.H. Treacher yang mula bertugas pada 13 Disember 1901. Sesungguhnya, penamatan tugas Frank Swettenham sebagai residen general telah membolehkan beliau bekerja dengan lebih baik setelah memegang satu jawatan sahaja dan menumpukan sepenuh perhatian pada tugas yang baru sebagai Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...