Sunday, December 12, 2010

Ronnie Liu Sudah Expired, Tidak Laku...!!


Setelah tewas dalam pemilihan dan terkini terkeluar dari senarai kepimpinan

Bagaikan ‘jatuh ditimpa tangga’, Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu yang tewas pada pemilihan DAP Selangor bulan lalu, hari ini sekali lagi dipinggirkan apabila tidak tersenarai sebagai lima yang dilantik menganggotai jawatankuasa parti negeri itu.

Sebaliknya, kepimpinan baru yang diteraju Teresa Kok itu melantik seorang pemimpin Melayu,Azman Masri ke dalam jawatankuasa kepimpinan negeri itu.

Menurut setiausaha DAP Selangor yang baru dilantik, Ean Yong Hian Wah, kelima-lima mereka menganggotai jawatankuasa itu yang bermesyuarat buat kali pertama semalam. Barisan AJK baru itu dipilih dalam konvensyen DAP negeri sebelum ini.

“Lima ahli yang dilantik adalah Azman Masri (ahli majlis Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Ganabatirau Veraman (peguam, aktivis dan ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam dan bekas tahanan ISA), Lee Kee Hiong (ahli majllis Majlis Perbandaran Kajang), Ang Leng Kiat (ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam) dan Lwi Kian Keong (ahli majlis Majlis Perbandaran Sepang).

“Barisan kepimpinan baru DAP Selangor kini terdiri daripada 20 anggota,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pemilihan 28 November lalu, Teresa Kok dilantik sebagai pengerusi DAP Selangor meskipun hanya mendapat mendapat 437 undi dan berada di tangga ke-11 daripada 15 yang terpilih menganggotai jawatankuasa negeri itu.

Jawatan lain adalah Tony Pua (timbalan pengerusi), Teng Chang Khim dan Charles Santiago (naib pengerusi), Ean Yong Hian Wah (setiausaha) Ng Suee Lim (timbalan setiausaha), Hannah Yeoh (bendahari), Lau Weng San (setiausaha program), Teo Nie Ching (penolong setiausaha program), Jenice Lee (setiausaha publisiti), Lim Soon Hong (penolong setiausaha publisiti), Tiew Way Keng (pengarah pendidikan politik).

Ahli-ahli adalah Gobind Singh Deo, S Ramakrishnan, T Kannan, Azman Masri, Ganabatirau Veraman, Lee Kee Hiong, Ang Leng Kiat dan Lwi Kian Keong.

Pada 28 Nov lalu, Liu tewas dalam perebutan 15 kerusi yang dipertandingkan namun dijangka akan dilantik ke dalam barisan jawatankuasa DAP Selangor.

Bagaimanapun dengan keputusan mesyuarat malam semalam, masa depan kerjaya politik bekas setiausaha politik Lim Kit Siang itu kini terumbang-ambing, sekalipun masih menganggotai jawatankuasa kerja pusat.

# IBM : Padan muka dia. Terlalu angkuh. Berihatlah Ronnie...duit dah banyak hasil 'Rumah Urut' di Selangor ni....apa ada hal..hehehe....

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...