Saturday, May 10, 2014

PENGERUSI JPP BERSILAT MENANGKIS TUDUHAN DATUK RAZALI PEMILIHAN PKR CABANG PEMATANG PAUH, HAMBAR TIDAK DAPAT SAMBUTAN

SABTU, 10 MAY 2014
[[Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul menyangkal dakwaan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim bahawa pemilihan di Cabang Permatang Pauh mendapat sambutan yang sangat hambar daripada ahli PKR. Beliau berkata, angka yang dipetik oleh Razali iaitu hanya 240 ahli hadir daripada 6,900 jumlah keseluruhannya, adalah sangat tidak logik. Bagaimanapun beliau tidak pasti jumlah sebenar pengundi yang keluar mengundi di Cabang itu, pada hari tersebut. "Tidak benar.. takkanlah hanya 200 orang saja yang keluar. Nanti kita pastikan semula berapa jumlahnya.. Tapi saya rasa lebih dari itu," katanya kepada Antarapos.

Razali yang dipetik Utusan Malaysia hari ini berkata, pemilihan PKR di cabang berkenaan mencatatkan episod memalukan apabila tempat Ketua Umum parti itu sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat sambutan, dengan jumlah kehadiran ahli hanya seramai 240 berbanding jumlah keseluruhan ahlinya 6,900. Perkembangan itu ibarat petanda bahawa pimpinan atasan PKR sudah tidak lagi mendapat kepercayaan daripada ahlinya, ujar Razali. Sementara itu, ketika diminta mengulas insiden kekecohan di beberapa bahagian sehingga memaksa pemilihan semula diadakan, ulas Johari, kekecohan itu hanyalah mewakili peratusan yang sangat kecil.

"Harus diingat, kita ada 10,000 orang yang bertanding di seluruh negara.. 10,000 ini tentulah ada masalah. 17 bahagian daripada 10,000 ni kira okeylah. "Maknanya kita telus.. berbanding dengan SPR, kita telus. Ada saja masalah, kita terus batalkan. Itu ketelusan kita. Berbanding dengan SPR, anda mengadulah macam mana pun, mereka tak buat apa-apa. Tapi kita, ada masalah, ada aduan, ada bukti, terus kita batalkan,"jelas Johari. Pemilihan PKR kali ini mencetuskan sedikit kekecohan apabila proses pengundian di 17 Cabang telah didapati bermasalah dan terdapat dakwaan berlakunya penipuan sehingga pemilihan semula terpaksa diadakan.

13 Cabang iaitu Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun, Paya Besar, Nibong Tebal, Jerantut, Batang Sadong, Kapit, Pengerang, Tenggara, Tenom dan Keningau diarah mengadakan pemilihan semula bagi peringkat Cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 17 Mei ini. Manakala tarikh pemilihan semula empat Cabang lain iaitu Bukit Katil, Tawau, Papar dan Sungai Petani yang melibatkan peringkat Angkatan Muda Keadilan (AMK), MPP dan Cabang, akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Sebelum ini terdapat desakan dari seorang ahli PKR, Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard supaya JPP membuat keputusan membatalkan penyertaan Timbalan Presiden parti Azmin Ali atas dakwaan melakukan penipuan pemilihan]] 


Biasalah PKR ni. Bila terkena batang hidung depa, mampus diorang tak akan mengaku punya. Betul ke tidak, mereka akan nafikan. Itulah yang terjadi pada pemilihan PKR Cabang Pematang Pauh yang mana mengikut cerita (diatas) yang IBM sempat rembat dari rakan blogger bahawa ianya begitu hambar kurang mendapat sambutan. Bayangkan daripada 6,900 ahli keseluruhan yang berdaftar dan layak mengundi di pemilihan Cabang tersebut, hanya 240 orang sahaja yang hadir. Aduh...memalukan. Maka, untuk menutup perkara yang memalukan itu, yang mana berlakunya insiden tersebut, apatah lagi tempat tanah tumpah dan tempat Penasihat@Punahsihat PKR mencari rezeki dan berpolitik, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Ahmad, terpaksa menangkis segala tuduhan dari Datuk Razali Ibrahim bahawa itu semua tidak benar. 

Katanya, dia sendiri akan menyiasat apakah tuduhan yang di lamparkan oleh Datuk Razali itu, benar atau merupakan satu fitnah. Tapi, bagi IBM, perkara serupa itu memangnya dah menjadi trend bagi PKR. Mereka tidak akan mengaku akan kesilapan atau kelemahan yang ada pada diri mereka. Betulah kata orang, kalau tak berbohong, bukan PKR namanya. IBM tahu, Datuk Johari terpaksa berbuat demakian semata-mata nak menyelamat dan menjaga nama bossnya daripada mendapat malu. Maruah mesti dijaga. Maklumlah, bakal Perdana Menteri. Kalau ini berterusan, semua pemilihan Cabang PKR di seluruh negeri bercelaru, kecuh...apa lagi yang rakyat negara ini dapat nilaikan pada parti PKR ini? 

Masihkah rakyat bersama mereka pada PRU ke-14 akan datang? Kenapa sesetengah ahli-ahli PKR yang sudah mengalami perkara buruk yang tidak boleh diterima sama-sekali, masih menerima PKR? adakah kerana wang, kedudukan atau janji-janji yang manis yang maan diiabratkan seperti menunggu buah yang tak jatuh? Fikir-fikirkan. IBM bukan nak perapikan korang semua. Tapi, IBM menulis di blog ini hanya sekadar berkongsi dan mengingatkan kepada korang semua. Suka ataun tidak dengan apa yang IBM tulis dan paparkan ini, terpulang pada korang semua untuk memikirkannya. Korang ada otak, gunakan dengan sebaik mungkin. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...