Saturday, December 4, 2010

Naik Harga Minyak, Najib Ikut Jejak Langkah Pak Lah.??


INI MERUPAKAN SATU AMARAN DAN INGATAN DARI PEMBANGKANG UNTUK BN.

Harga minyak naik lagi, dengan kedua-dua Ron 97 dan Ron 95 naik kepada RM2.30 dan RM1.90 seliter.

Ron 97 naik kepada RM2.30 1 Disember lalu, manakala kenaikan harga Ron 95 diumumkan petang tadi, berkuatkuasa 4 Disember.

Kenaikan diumum Datuk Idris Jala, ketua eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pencapaian, Pemandu.

Kenaikan kali ini meliputi dua jenis petrol itu, diesel dan gula, dijangka memberi kesan kepada harga barangan lain, memandangkan kenaikan kos pengangkutan.

Kenaikan ini dijangka akan menghasilkan kesan negatif terhadap kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, terutama sekiranya pilihan raya umum diadakan awal tahun depan.

Kenaikan harga minyak ini berpotensi menjadi kesilapan langkah Najib dalam usaha menarik kembali sokongan untuk menghadapi pilihan raya umum.

Isu minyak menjadi salah satu isu utama kempen pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008.

Kenaikan susulan selepas itu menguatkan sokongan kepada gabungan pembangkang dalam rancangan peralihan kuasa 16 September, yang walau bagaimanapun tidak berjaya dilaksanakan.

Kenaikan kali ini juga berlaku ketika muncul laporan perbelanjaan RM66 juta untuk menubuhkan Pemandu, yang dilapor sejumlah besar dibayar kepada perunding luar negara sebelum penubuhan.

Kenyataan-kenyataan seperti "tidak membebankan rakyat" dan membandingkan harga dengan negara serantau mengundang lagi rasa kurang senang orang ramai yang dihidangkan dengan kenyataan yang sama setiap kali berlaku kenaikan.

Tindakan menaikkan harga yang disebut penyelarasan subsidi itu juga dikatakan bakal menjimatkan perbelanjaan kerajaan, sekaligus membolehkan peruntukan itu digunakan untuk perbelanjaan pembangunan lain.

Alasan ini turut boleh dilihat dengan kritikal. Sejak di bawah pemerintahan Abdullah, penjimatan subsidi disebut akan membolehkan perbelanjaan disalurkan untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam, tetapi masih tidak mendatangkan hasil yang konkrit berhubung sektor itu.

# IBM : Ada juga kebenaranya. Ini menunjukkan BN sekali lagi akan terjerat, rakyat akan menghukum mereka di Piliharaya yang akan datang seperti apa yang berlaku di era Pak Lah. Oleh itu, DS Najib kena betul-betul memikirkan tarikh yang sesuai bagi mengadakan PRU-13 nanti. Jangan kerana isu harga minyak, BN tewas.....fikir-fikirkan lah wahai para pemimpin BN. Anda ada otak, gunakan dengan betul.....

1 comment:

  1. kerajaan selalu membanding kan harga minyak dan gula adalah yg termurah di dunia. Sekarang mari kita banding kan 'end product' dari gula, contohnya, Kopi 'o' dan teh ais di vietnam, thailand dan indonesia.
    gula adalah mahal. kopi dan teh mereka lagi mahal. tapi mcm mana teh ais dan kopi 'o' mereka murah?
    Jawapannya peniaga, distributor, retailer yg menaikkan harga sewenang wenangnya. Siapa yg memantau mereka?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...