Saturday, December 4, 2010

Kit Siang Yang Bukan lagi Siang : PAS Tak Nak Siang Jadi TPM

"Saya sama sekali tak setuju" - Nasruddin
"Walauapa pun, saya nak Sdr Lim jadi TPM" - Anwar

Kit Siang Tak Sesuai Jadi TPM : Nasrudin.

SHAH ALAM - Sebagai sebuah negara yang mengangkat Islam sebagai agama rasmi, Ketua yang mengepali jemaah menteri mestilah individu yang beragama Islam dan mengetahui hal ehwal agama.
Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan At-Tantawi berkata, kenyataan Ketua Umum Pari Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai timbalan Perdana Menteri (TPM) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi Piliharan Raya Umum (PRU) akan datang adalah tidak berasas.
"Pada saya, apabila keputusan itu dibuat tanpa mesyuarat bersama komponen PR, saya sama sekali tidak bersetuu kerana ia bercanggah dengan displin dan polisi membuat keputusan.
"Apa sahaja yang melibatkan polisi, dasar dan semua parti komponen dalam PR perlu diputuskan dalam mesyuarat kerana jika tidak, ia tidak melambangkan keuntuhan parti," katanya semalam.
Nasruddin berkata, pelantikan Kit siang sebagai TPM tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan pusat (MPP) PR.
Nasruddin berkata, simbol pemerintahan Islam turut mengadai sekiranya melantik orang bukan Islam sebagai pemimpin utama negara Malaysia.

# IBM : Elok le tu. Anwar harus sedar, Pas tak akan membenarkannya. Berkelahi le korang....mudahan-mudahan karam terus kapal korang. Menyusahkan rakyat le korang ni....berangan-angan sebelum sesuatu dapat dalam gengaman. Itulah Pakatan Reput (PR).....
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...