PULAU PINANG 2 Dis. – Harga rumah di negeri ini merupakan yang termahal di negara ini dengan purata seunit mencecah hingga RM540,000 tahun lalu iaitu hampir lapan kali ganda purata pendapatan isi rumah penduduk Malaysia setahun.
Felo Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI), Dr. Michael Lim Mah Hui ketika mendedahkan perkara itu berkata, kajian yang dilakukan pihaknya juga menunjukkan harga rumah di negeri berkenaan turut melebihi purata harga rumah di Kuala Lumpur iaitu RM390,000 seunit.
Menurutnya, trend harga rumah yang terlalu tinggi di negeri itu bukan saja menyebabkan golongan bawahan tidak mampu langsung untuk memiliki rumah, malah golongan pertengahan juga turut mengalami nasib sama.
‘‘Amat jelas sekali harga yang ditawarkan amat jauh daripada jangkauan. Jika golongan pertengahan tidak mampu untuk membeli rumah atau pangsapuri yang dijual, apa lagi golongan bawahan.
‘‘Pada masa ini, penawaran dan permintaan untuk rumah tidak sepadan. Majoriti rakyat Malaysia mahukan rumah yang mampu dimiliki, namun pemaju lebih cenderung membina rumah mahal untuk mengaut keuntungan,’’ katanya pada sidang akhbar di pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di Jalan Masjid Negeri di sini hari ini.
Turut hadir Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris.
Jelas Mah Hui, keadaan itu menyebabkan negara dipenuhi banyak rumah kosong yang dibina pemaju untuk memenuhi permintaan pelabur asing dan spekulator, bukannya untuk rakyat.
Menurutnya, ramai di kalangan pelabur dan spekulator memiliki dua buah rumah atau lebih sama ada dibeli untuk disewakan atau untuk tujuan menaikan harganya bagi aktiviti penjualan supaya mendapat keuntungan.
Katanya, tindakan pemaju memasarkan hartanah itu secara agresif di luar negara memandangkan ia masih murah mengikut standard antarabangsa turut menyebabkan harga rumah di negara ini bertambah tinggi.
‘‘Amat malang bagi rakyat negeri ini khususnya jika Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memandang serius isu ini. Mereka patut memperbanyakkan rumah mampu milik dan mengawal pembinaan rumah mewah terutama di bahagian pulau.
‘‘Jika kerajaan itu benar-benar ingin menjadikan rumah sesuatu yang mampu dimiliki rakyat, sepatutnya kuasa yang mereka ada digunakan untuk mengawal pemaju, sektor perbankan dan spekulator supaya kenaikan harga rumah dapat dikurangkan,” katanya.
Sementara itu S.M. Mohamed berkata, terdapat pelbagai faktor menyebabkan berlaku kenaikan harga rumah termasuk dasar kerajaan membenarkan orang asing membeli bukan sahaja pangsapuri malah hartanah lain.
Jelas beliau, pihak bank turut menyumbang kepada kenaikan harga rumah melalui pelbagai teknik pemasaran yang agresif termasuk melonggarkan standard kredit sehingga 95 peratus pinjaman kepada pembeli.
‘‘Kini tiba masanya kerajaan memulakan dasar perumahan awam yang menyediakan perumahan mampu milik terutama di bandar seperti dilaksanakan Lembaga Perumahan Singapura iaitu kerajaan menjadi pelopor pembinaan rumah berkenaan,” katanya.
Menurutnya, bagi sektor perumahan swasta, kerajaan perlu memainkan peranan utama dengan mengambil langkah bersesuaian untuk mengawasi harga hartanah berkenaan bagi mengelakkan kenaikan harga yang tidak sihat.(Utusan Malaysia).
# IBM : Bagus lah. Itu satu pengajaran kepada rakyat di Pulau Pinang, terutamnya organg-orang Melayu. Sokong lagi DAP. Kalau boleh Lim nak halau semua orang-orang melayu dari Pulau Pinang. Dia nak jadikan Pulau Pinang seperti Republik Singapura. Melayu di tindas habis......oleh itu sedarlah wahai Melayu-melayu Pulau Pinang. Balik ke pangkal jalan. Jom ramai-ramai sertai UMNO/BN....dan, pertahankan 'ketuanan Melayu'.....
Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
ReplyDeleteBerdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal..!