Friday, May 2, 2014

BENARKAH SERPIHAN PESAWAT MH370 DIITEMUI?

JUMAAT, 2 MEI 2014

[AHLI Arkeologi Marin British,Tim Akers mendakwa telah menemui bangkai kapal terbang MH370 lebih kurang 3,000 batu dari zon carian selepas mengesan serpihan  Malaysia Airlines yang bewarna merah. Beliau berkata, gambaran satelit menunjukkan ekor pesawat, sayap dan beberapa serpihan lain di pantai Timur Vietnam. Akers, 56, sebelum ini turut mengkaji perairan Australia di Perth bertahun-tahun bagi mencari tinggalan kapal Perang Dunia Kedua yang hilang di negara ini-HMAS Sydney. Operasi pencarian MH370 dilakukan secara menyeluruh melibatkan satelit, pesawat, kapal dan peralatan air canggih yang mampu melangkaui air dalam, namun tidak mendatangkan sebarang petunjuk dalam menemui Boeing 777 yang hilang 8 Mac lalu.

BETULKAH INI SERPIHAN MH370?


Tetapi Akers dari North Yorkshire mula yakin beliau mungkin telah menemui pesawat hilang yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal  ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Beliau mendakwa telah mengenal pasti sebahagian daripada ekor pesawat itu  di luar pantai Vietnam, hanya sekitar 1,000 batu dari mana pesawat itu berlepas. Penemuannya itu sekaligus menyokong laporan bekas juruterbang  Amerika Syarikat  Michael Hoebel dari New York, yang mempercayai bangkai pesawat itu berada luar pantai Thailand. 

Akers  dirujuk sebagai penyelidik bebas bersama Muzium Maritim Nasional berkata, beliau kini sedang mengenal pasti bahagian-bahagian pesawat tersebut di mana sebelum ini pihak berkuasa Vietnam menerima laporan daripada pekerja minyak yang melihat pesawat yang terbakar keluar dari udara. Beliau berkata adalah lebih munasabah pesawat itu terhempas di Laut China Selatan daripada terjatuh di Lautan Selatan India].

Berita yang mengemparkan juga. Betul ke pesawat MH370 telah ditemui? Kalau betullah berita yang dipaparkan di atas ini, maka terjawab dan berakhir sudahlah pencarian pesawat MH370 yang hilang. Tapi, kesohaiannya masih belum lagi di perolehi. Mengikut kata ahli arekologi marin British, mereka dapat mengesan serpihan MH370 yang berwarna merah iaitu ekor dan sayap. Tapi, betul ke serpihan itu milik MH370?

Apapun, baca dulu berita yang dipaparkan di atas tu. Kita jangan terlalu awal membuat andaian. Sama-sama kita berdoa bahawa serpiahan yang dijumpai itu bukan bilik MH370, kerana jika ianya benar, IBM tak dapat bayangkan reaksi pewaris-pewaris penumpang MH370. Apakah mereka dapat menerima hakikat bahawa orang yang mereka kasihi sudah tiada lagi? Dan..apakah tindak balas mereka terhadap Syarikat penerbangan negara, MAS dan juga kerajaan Malaysia? Sukar untuk di jawab dan di jangka apakah tindakkan mereka nanti. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...