Thursday, May 1, 2014

LAPORAN BERGAMBAR HIMPUNAN 1 MEI DARIPADA 4 LOKASI

KHAMIS, 01 MEI 2014

Ehsan dari ~ Antarapos
 DATARAN MAYBANK

PESERTA HIMPUNAN 1 MEI (T SHIRT MERAH) SEMPAT BERGAMBAR. NAK TUNJUK LAGAK LE TU.

11.30 pagi:  Setakat ini kawasan ini agak lengang daripada peserta himpunan. Walaubagaimanapun kelihatan beberapa kumpulan remaja yang memakai baju merah yang bersedia dipercayai untuk menunggu berlangsungnya perhimpunan ini yang dijadualkan bermula pada 2 petang. Anggota polis dan trafik yang berkawal pula dilihat tidak ramai - hanya dua hingga lima orang. 

DATARAN MERDEKA
10.59 pagi: Suasana di sekitar Dataran Merdeka sehingga jam 11 pagi masih terkawal dengan bantuan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Lebih dari 100 pihak berkuasa ditempatkan di kawasan ini. Jalan Laut dan Jalan Mahkamah Persekutuan di sekitar kawasan ini ditutup dari laluan kenderaan.

Dijangka Dataran Merdeka akan menjadi lokasi terakhir bagi demonstrasi bantah GST yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) selepas tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan mengenakan cukai berkenaan berkuat kuasa April 2015.

SOGO
10.30 pagi: Suasana di sekitar Sogo mula dibanjiri dengan kehadiran kira-kira 200 peserta himpunan bantah GST. Mereka difahamkan sudah tiba disini sekitar jam 9.00 padi tadi. Turut kelihatan peserta yang menjual baju, vuvuzela dan lain-lain lagi. Pihak berkuasa tempatan juga turut mengawal keadaan di sini. Kerja sia-sia. Apa le yang mereka dapat. Inilah yang dikatakan bodoh sombong. Terlalu ikutkan perasaan dan senang-senang diperkuda-kudakan. Amatlah rugi anak bangsa kita (melayu) jika terus-menerus mengikut perintah pembangkang yang mempergunakan mereka. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...