Wednesday, May 7, 2014

PKR MEMANG PARTI ROJAK. PEMIMPIN PENIPU MACAM SI AZMIN TU PUN MEREKA NAK SOKONG

RABU, 7 MAY 2014
[[PETALING JAYA Perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaikan tidak menghiraukan isu manipulasi undi yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin Ali apabila keputusan pengundian pada minggu kedua dijangka memihak kepada calon dan penyandang Timbalan Presiden itu. Walaupun pelbagai pihak tampil mengemukakan aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), ternyata isu yang diketengahkan seperti mana yang berlaku pada pemilihan 2010 tidak memberi kesan kepada calon terbabit. Keputusan tidak rasmi menunjukkan Ahli Parlimen Gombak itu menerima kira-kira 12,800 undi atau 49 peratus iaitu mendahului Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendapat kira-kira 7,171 undi (27 peratus) dan Datuk Saifuddin Nasution yang memperoleh 6,161 undi (24 peratus).
Sehingga proses pengundian berakhir di lima buah negeri pada 3 dan 4 Mei lalu, Azmin dikatakan mendapat 57 peratus undi dari Sabah iaitu negeri kedua yang mempunyai ahli paling ramai selepas Selangor. Sementara itu difahamkan Abdul Khalid mendapat 33 peratus undi dari Sabah manakala Saifuddin hanya memperoleh 10 peratus. Mohamed Azmin juga dikatakan mendahului keputusan di Perak iaitu sebanyak 46 peratus di Perak dan 51 peratus di Perlis. Bagaimanapun Saifuddin dikatakan mendahului senarai di negeri asalnya iaitu Kedah dengan mendapat 51 peratus undi di 12 daripada 15 cabang yang sudah dikira.

Namun demikian sehingga Selasa, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) terpaksa menangguhkan pengumuman keputusan rasmi terkini pemilihan membabitkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Sabah yang berlangsung pada 3 dan 4 Mei lalu. Bercakap kepada mStar Online, Timbalan Pengerusi JPP, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew berkata, pihaknya sedang meneliti beberapa dakwaan penipuan dan kesilapan sebelum sebarang pengumuman rasmi dibuat. Mengakui wujud beberapa kesilapan membabitkan proses pengundian, Tan bagaimanapun memberi jaminan pihaknya akan berlaku adil dan mengambil tindakan tegas berhubung salah laku yang mencacatkan pemilihan parti itu.

"Saya sahkan bahawa kita sudah menerima semua keputusan. Tapi buat masa ini kita tak boleh umumkan dahulu. Kita takut ada kesilapan jika terburu-buru. "Kita sedang semak semua data, ada kesilapan dan kami perlu semak dan siasat," katanya ketika dihubungi pada Selasa. Media melaporkan wujud kekecohan pemilihan PKR yang masuk minggu kedua Sabtu dan Ahad lalu membabitkan beberapa Cabang iaitu Sungai Petani di Kedah, Nibong Tebal dan Balik Pulau (Pulau Pinang), Tenom, Sepanggar, Beaufort, Keningau dan Tuaran (Sabah) dan Lumut (Perak). Kekecohan turut menyebabkan pemilihan bagi beberapa jawatan terpaksa dibatal dan ditangguhkan ke tarikh baharu.

Sementara itu, Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard mendakwa tindakan 'tangan-tangan ghaib' menimbulkan kekecohan kerana mahu memenangkan calon pilihan mereka. "Kekecohan atau 'blakcout' ini terjadi di Cabang yang menunjukkan keputusan yang tidak memihak kepada calon pilihan mereka. Sebab itu kita mahu JPP turun padang dan menyiasat semua dakwaan yang dikemukakan ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi]].

Dah Letih Tangan Ini Menaip....Tapi PKR Tidak Tahu Letih, Terus-Menerus Menipu Dan Menipu

Kalau tak menipu, bukan PKR namanya. Memang sudah terkenal parti anak-beranak dan kroni akan habis-habisan menipu demi untuk menjaga politik dan maruah mereka. Jiwa mereka adalah jiwa penipu bukan untuk berjuang untuk rakyat. Kalau tak pangkat atau kedudukan dalam PKR, maka pincanglah langkah mereka, dan gelaplah masa depan mereka. Itu baru jadi pembankang, belum lagi jadi pemerintah.


Di seluruh negara kita mendengar kekecohan yang berlaku di dalam pemilihan PKR tahun ini. Bangku melayang-layang, bertembuk sesama sendiri dan kertas undi di rampas dan dikoyakkan kerana rata-rata ahli-ahli yang datang tidak puas hati dan melepaskan geram mereka dengan laungan, 'Parti Keadilan tidak adil, penipu'. Tapi, insiden ini seperti ini tidak diindahkan oleh Azmin. Apa yang penting dia mesti menang dan mempertahan jawatan Timbalan Presiden PKR. Azmin adalah penyandang. Lagi pun  dia dilindungi oleh penasihat PKR.

Nampak gayanya, Azmin akan terus gah di dalam pemilihan kali, dan berita yang dipaparkan diatas menunjukkankan Azmin terus mendahului musuh tradisinya, Menteri Besar Selangor, Khalid gagap dan Saifuddin. IBM hairan, apa le baik sangatnya si Azmin tu. Kenapa ramai yang masih menyokong beliau? Adakah kerana di janjikan sesuatu, atau pun masukkkkk. Itu sudah pasti, kerana politik wang berluas-luasa didalam parti kelentung rakyat (PKR). Ianya dah menjadi seperti kanser, terlalu parah. 

Jika dahulu PKR sentiasa menuduh UMNO parti rasuah, kejam dan bermacam-macam lagi, kini, kita dapat lihat bahawa parti PKR lagi teruk, dah macam rojak. Itu pun masih ada yang sokong. Begitu juga dengan si Azmin ni, masih ada lagi orang sokong. Hairan dan ajaib. Apapun, biarkanlah mereka bergadung, bergomol sesama sendiri, kerana lambat-laun kita kan dapat melihat dengan mata kepala kita sendiri, PKR akan rebah dan terus tenggelam. Wasallamkita sendiri, PKR akan rebah dan terus tenggelam. Wasallam ~ IBM 

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...