Thursday, December 29, 2011

Rupa-Rupanya Kak Ijat Tidak Keseorangan, Masih Ada Yang Kesian!!

TAK sangka pulak ada orang yang bersimpati dengan masalah yang di hadapi oleh kak Ijat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dikaitkan dengan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC).  Pulak tu dari Muslimat Pas iaitu musuh politik kak Ijat. Memang mengejut jugak tu. Tapi, tak tahu le pulak samada simpati depa tu benar-benar ikhlas atau sengaja nak buat provokasi supaya kak Ijat lagi melenting.

Menurut Timbalan Ketua Muslimat Pas Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud, Shahrizat adalah 'kambing hitam' dalam isu tersebut kerana pihak bertanggungjawab tidak disabitkan kesalahan. Katanya, tidak adil le, kerana bukan kak Ijat seorang yang harus dipersalahkan, sebaliknya orang lain yang terlepas. Dr Siti Mariah memandang dari sudut lain, dana NFC bukan melibatkan Shahrizat dengan suaminya sahaja. Bagaiamana dengan orang lain yang meluluskan projek RM250 juta itu?, kenapa mereka tak didakwa, tanyanya.

Sebagai seorang wanita yang mempunyai suami, apabila menghadapi masalah, kita harus berbincang, katanya. Namun, apabila masalah tidak boleh diselesaikan, kenapa kedua-duanya harus dipersalahkan?. IBM rasa itu adalah soalan yang bernas dan jujur dari seorang pemimpin muslimat Pas yang selama ini mempunyai pendapat yang berbeza dari sudut politik.

Bagaimana pun, Dr Siti Mariah mengaku, Pas menghormati Datuk Seri Shahrizat kerana beliau bukan sahaja seorang ahli politik, malah peramah dan mengamalkan sikap terbuka. Jika Perkara ini berlaku di dalam Pakatan Rakyat, beliau juga kan berbuat demikian, katanya setelah Datuk Seri Shahrizat diserang bertubi-tubi oleh sesetengah pihak. Walaupun berlainan fahaman politik, beliau memahami perasaan Datuk Seri Shahrizat ketika ini.

Apapun, terima kasih lah Dr Siti Mariah kerana bersimpati dengan kak Ijat. Itupun kalau beliau betul-betul ikhlas. Rupa-rupanya Kak Ijat tidak keseorangan. Kepada Kak Ijat teruskan perjuanganmu, jangan cepat lemah semangat. Perjuangan kita masih belum selesai, walaupun terpaksa menyingsing lengan baju. Bukan nak cari gaduh, tapi geram.




WALAUPUN PEMBANGKANG KAKI BANGKANG, TAPI TAK SEMUANYA BANGKANG MEMBABI BUTA. ADA JUGA YANG BOLEH PAKAI.

2 comments:

  1. Assalam bro IBM.
    Mana ada pemimpin PR yang desak Sharizat letak jawatan..kenapa?
    Kena faham game diaorang bro?Diaorang mmg nak Sharizat kekal dalam kabinet supaya terus dapat belasah Umno/BN hingga PRU13 isu NFC ni.Kita kena nampak game diaorang,jgn mudah terpedaya

    ReplyDelete
  2. W'kumusallam bro APA,

    Saya faham. Itulah sebab saya kata, mungkin ini adalah satu provokasi dari pembangkag. Baru tadi saya baca dari blog rakan kita Dr Siti Mariah kena cili kerana simpati pada Saharizat.
    Apapun terima kasih bro, kita kena berhati2, jgn mudah terpadaya dgn tipu helah mereka.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...