Monday, May 12, 2014

SYAITAN PUNYA JIRAN!

ISNIN, 12 MAY 2014
Jenayah dimana-mana. Ke rogol umpamanya, indek kes ini kian meningkat dan membimbangkan. Terkini, berlaku di Bahau Negeri Sembilan. Diberitakan seorang guru terkejut apabila jirannya tiba-tiba masuk ke rumahnya lalu menerpa dalam cubaan rogol di Taman Kasih Putera dekat sini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 2 petang, mangsa berusia 28 tahun baru selesai solat Zuhur sebelum terdengar bunyi pintu pagar rumahnya dibuka. Laporan dari Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa bergegas ke hadapan rumah dan dia dikejutkan dengan  kehadiran jirannya. 

Suspek hanya berseluar pendek dan mengarahkan mangsa diam sebelum menolaknya. Mangsa yang ketakutan terus menendang suspek dan berjaya melarikan diri untuk meminta pertolongan, katanya. Suspek kemudian keluar dari rumah mangsa dan memaklumkan kepada jiran mangsa dia mahu menyelamatkan mangsa kononnya ada individu lain menceroboh rumah itu. Nak selamatkan diri le konon. Ada juga manusia seperti ni ye. Apapun, kita semua kena berhati-hati. Nak berkawan dengan jiran kita, boleh, tapi hati-hati dan kenalkan dulu hati budi jiran kita itu. Apatah lagi kalau perempuan bujang yang tinggal menyewa beramai-ramai dan kebetulan pulak jiran sebelah adalah di kalangan lelaki bujang. Ini lagi berat. Kes di Bahau ini disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul dan cubaan merogol. Hukumannya? Jika sabit kesalahan, ehmmmm...tanggung le sendiri. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...