Monday, May 12, 2014

KHALID GAGAP 'RASUAH' PENGUNDI? APA TINDAKAN JPP? TIDO KE?

ISNIN, 12 MAY 2014
[[PETALING JAYA : Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan tidak menerima sebarang aduan berhubung penggunaan politik wang membabitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim walaupun kejadian itu telah dihebohkan sejak semalam oleh Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam. Pengerusi Panel Bantahan JPP, Abdul Malek Hussin berkata, sehingga kini tiada dakwaan khusus melibatkan calon timbalan presiden PKR itu dibuat oleh mana-mana pihak termasuk Manikavasagam.
"Kita tidak terima dakwaan rasuah politik membabitkan Tan Sri Abdul Khalid sehingga kini (sidang media diadakan)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin. Dalam proses pemilihan PKR di Selangor yang berlangsung dengan kekecohan pada Ahad, Manikavasagam yang bertanding jawatan ketua cabang PKR Kuala Selangor mendakwa mempunyai bukti kukuh tentang politik wang di Jeram yang melibatkan pesaingnya iaitu Abdul Khalid. Selain membuat dakwaan tersebut, Manikavasagam turut berkata akan mendedahkan bukti yang ada padanya dalam masa terdekat.
Beliau mendakwa Abdul Khalid  memberi suapan hingga RM50 bagi setiap pengundi untuk memilihnya dalam saingan bagi dua jawatan]] - Sumber dari rakan Blog.
Bergaduh, bertumbuk, baling kerusi, rampas kotak undi, rasuah, bermacam-macam lagi insiden yang berlaku di dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun ini. Itulah jadinya bila mereka mendabik dada bahawa parti mereka adalah parti yang mengamalkan demokrasi, bebas dari rasuah dan telus. Mereka selalu menuduh UMNO sebuah parti yang mengamalkan rasuah, kejam dan bermacam-macam lagi tomahan yang mereka lamparkan terhadap UMNO. Tapi, cuba lihat apa yang berlaku kepada mereka. Kecoh sana-sini. Ia seolah-olah sebuah parti yang baru ditubuh dan tidak mempunyai pengalaman dalam mengendalikan pemilihan parti. Kata paku dulang serpih, kata orang depa yang lebih. Kini, isu yang paling hangat di perkatakan dalam pemilihan PKR kali ini ialah soal 'suap' atau beli undi. Rasuah le tu. 
Menteri Besar, Khalid Ibrahim di kecam hebat oleh puak-puak di sebelah sana (geng Azmin) yang kononnya Khalid mengamalkan 'politik wang' untuk membeli undi. Dengan perkataan lain, Khalid terlalu terdesak untuk menang dan menewaskan mush tradisinya, iaitu Azmin Ali. Maka, sekiranya ini berlaku, mana yang dikatakan PKR ini parti untuk membela rakyat? Bohong...memang pembohong. Maka, tak salahlah kalau kita labelkan PKR ini sebagai 'Parti Kelentung Rayat'. Apa kata anda semua? Oleh itu, wajarkan PKR ini diberi ruang lagi untuk menerajui negeri Selangor pada PRU ke-14 nanti?. Menteri Besarnya pun sudah mula mengebarkan bendera putik. Katanya, ini adalah  penggal terakhir beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar. Lepas itu siapa? Anda sendiri cari jawapanya. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...