Tuesday, February 1, 2011

Nurul Izzah kaki fitnah, pembohong besar..!

KUALA LUMPUR, – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar diingatkan bahawa ‘memfitnah itu lebih keji daripada membunuh’.

Peringatan itu disuarakan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan semalam.

“Nurul Izzah buat kenyataan yang merupakan satu fitnah. Dalam agama (Islam) memfitnah lebih keji daripada membunuh,” kata Saravanan.

Beliau mengulas dakwaan Nurul Izzah bahawa kementerian itu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memindahkan penjaja di Brickfields ke tapak penjaja sementara di situ dilakukan tanpa berunding terlebih dahulu.

Nurul Izzah yang melawat tapak berkenaan sebelum ini juga mendakwa terdapat banyak kekurangan di tapak penjaja sementara itu termasuk tandas.

“(Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar) Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan saya telah berbincang sebanyak dua kali dengan wakil-wakil penjaja.

“DBKL juga telah mengadakan perbincangan,” tegas Saravanan.

Beliau yang melawat tapak berkenaan hari ini untuk mengesahkan dakwaan Nurul Izzah itu disambut meriah oleh penjaja di situ, sekali gus membuktikan tuduhan itu dibuat tanpa usul periksa.

Kerajaan memindahkan penjaja ke tapak berkenaan, yang terletak berhampiran Jalan Chan Ah Tong untuk memberi laluan kepada projek Little India dijalankan.

Saravanan berkata, penjaja sendiri yang meminta dipindahkan sebelum pertengahan bulan ini.

Jelasnya, waktu itu dipilih kerana masyarakat India tidak boleh berpindah dari 17 Julai hingga 16 Ogos yang dianggap sebagai masa tidak baik.

Ujar beliau, jika Nurul Izzah mengenal pasti masalah tertentu tentang penjaja di situ, beliau sepatutnya menulis surat kepada pihaknya dengan menyertakan maklumat lengkap untuk diambil tindakan, bukan menabur fitnah dan mempolitikkan isu kecil itu.

“Sudah tentu ada kekurangan tetapi ia kekurangan kecil. Mana ada satu benda kita buat terus sempurna.

“Ini adalah pusat penjaja. Untuk pengetahuan Nurul Izzah, status penjaja ditakrifkan sebagai mempunyai satu gerai, dua meja dan lapan kerusi.

“Tetapi saya cabar Nurul Izzah untuk menunjukkan mana-mana pusat penjaja di negeri yang ditadbir PKR (Parti Keadilan Rakyat), khususnya di Selangor yang mempunyai pusat penjaja seperti yang dibuat ini.

“Sebelum ini, penjaja bimbang kawasan ini akan becak apabila hujan, kita bina lantai simen dan gerai lengkap dengan bekalan air dan elektrik.

“Apa yang kami buat ini adalah seperti tapak kekal, lengkap dengan tandas dan sebagainya. Jangan beri gambaran seolah-olah yang kami sediakan ini teruk dan mendakwa penjaja ditindas,” tegas Saravanan.

Katanya, DBKL tidak mempunyai masalah untuk memperbaiki kekurangan yang ada seperti air bertakung.

Bagaimanapun, beliau bimbang apabila kerajaan membelanjakan wang pembayar cukai, Nurul Izzah pula akan mengatakannya sebagai satu pembaziran.

Katanya lagi, kebanyakan 68 penjaja yang berniaga di situ sebelum ini tidak memiliki lesen tetapi pihaknya telah bertolak ansur dan mengiktiraf aktiviti mereka untuk membantu ekonomi rakyat bawahan. -MediaUMNO/MingguanM

* Biasalah, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitu jugalah si Nurul ni. Dia belajar dari ayahnya. 'Anak Bapak' le katakan. Nasihat IBM kepada Saravanan, lawan jangan tak lawan. Telanjangkan si Nurul ni, macam kita telanjangkan si Mala di Tenang. Padan muka dia - IBM




2 comments:

  1. pindah penaja yang disebokkan..
    yang bapak dia pindahkan adik-adik dia tu tak pulak disebokkan..sampai anak-anak azmin pun dipindahkan..
    pelikkan...sebok kata nak selamatkan malaysia..tapi antar anak kat negara lain..
    nape yekkk..

    ReplyDelete
  2. usop : Salam. Si Nurul buat sibuk kerana nka mencari publisiti murahan utk kepentingan bapanya si Anwar tu. Maklumlah nak jadi PM. Azmin pula Tim. PM. Berangan-anganlah depa ni, bagaikan 'angan-angan Mat jening'....Hehehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...