Thursday, February 17, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

17 FEBRUARI
Salam 2 All.
Sudi-sudilah baca apa yang berlaku pada hari ini :


PERASMIAN SIDANG PEMBANGUNAN LUAR BANDAR AFRO-ASIA
PERASMIAN SIDANG PEMBANGUNAN LUAR BANDAR AFRO-ASIA
Tarikh Peristiwa : 17-02-1964

Pada hari ini dalam tahun 1964, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman merasmikan Sidang Pembangunan Luar Bandar Afro-Asia. Seminar ini telah dihadiri oleh kira-kira 120 orang wakil dari 19 buah negara bertujuan membincangkan progam-program yang akan dilakukan oleh negara-negara di kawasan tersebut untuk memajukan kawasan di luar bandar. Dalam ucapan perasmian YTM Tunku menyeru agar perwakilan dapat memikirkan cara-cara untuk menambah sumber makanan untuk rakyat masing-masing terutama yang berada di luar bandar. Beliau juga mengingatkan tentang berjuta-juta rakyat yang miskin dan buta huruf serta kurang makanan di negara-negara Asia, Afrika dan Amerika Selatan terutama di luar bandar. Keadaan ini terjadi disebabkan cara pertanian yang sudah lapuk serta kekurangan kemudahan-kemudahan untuk pinjaman serta pemasaran hasil-hasil pertanian. Dengan adanya persidangan ini para peserta akan dapat membincangkan langkah-langkah bagi memperbaiki taraf hidup rakyat di negara.
Pada Hari Yang sama....

PEMBUKAAN RASMI PUSAT PENYIARAN MALAYSIA "ANGKASAPURI"
Tarikh Peristiwa : 17.01.1968

Pada hari ini dalam tahun 1968, Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra telah merasmikan pembukaan Pusat Penyiaran Malaysia yang telah diberi nama "Angkasapuri". Ianya terletak di atas tanah seluas 33 ekar di Bukit Putra yang mengadap ke Lebuhraya Persekutuan. Sesungguhnya, sejarah perkembangan penyiaran negara telah bermula sejak tahun 1930 lagi apabila Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala Lumpur telah memulakan siarannya di Bukit Petaling. Manakala studio sementara Televisyen Malaysia yang bertempat di jalan Ampang berhampiran dengan Dewan Tunku Abdul Rahman telah memulakan siarannya pada 28 Disember 1963. Pada Peringkat awalnya, Kompleks Penyiaran Angkasapuri ini telah menempatkan Kementerian Penerangan manakala, Jabatan Televisyen yang beroperasi di jalan Ampang hanya dipindahkan ke Angkasapuri pada 6 November 1969. Keseluruhan pelaksanaan projek Pusat Penyiaran ini telah selesai sepenuhnya pada tahun 1972, apabila Bangunan Radio (Wisma Radio) siap dibina dan memulakan siarannya pada 9 Mei 1972 tepat pada jam 12.00 tengah malam. Kini setelah 50 tahun negara mencapai kemerdekaan bidang penyiaran negara telah berkembang dengan pesatnya seiring dengan era globalisasi diperingkat antarabangsa.

SELAMAT MEMBACA -IBM

SUMBER : ARKIB NEGARA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...