KUALA LUMPUR 10 Feb – Tiada hala tuju dan tidak mempunyai agenda yang khusus terhadap apa diperjuangakan menyebabkan ramai ahli PKR dari pelbagai peringkat meninggalkan parti berkenaan selepas menyedari apa yang dilakukan itu sia-sia sahaja.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri AnwarI brahim, Anuar Shaari berkata, tindakan meninggalkan parti oleh ahli-ahli PKR seperti yang dilaporkan bukanlah suatu yang baru, perkara ini sebenarnya sudah lama berlaku namun sejak kebelakangan ini makin ramai ahli terutama pemimpin serta pengasas PKR turut angkat kaki.
“Cerita keluar parti bukan cerita baru, ketika PKR baru ditubuhkan dahulu pun ramai yang meninggalkan parti itu, mereka yang menyertai PKR ketika itu disebabkan terpengaruh oleh kawan atau hanya bersimpati dengan Anwar.
“Bagaimanapun, perkara itu tidak seheboh seperti apa yang berlaku sekarang, PKR ketika itu menjadi sanjungan dan bualan di kalangan rakyat yang bersimpati dengan Anwar, sedangkan tujuan sebenarnya penubuhan PKR hanya untuk Anwar,” katanya kepada UMNO-Online.
Menurut beliau, masalah keluar parti oleh ahli PKR akan berlaku berterusan kerana kepercayaan ahlinya terhadap parti itu telah hilang kerana pelbagai masalah yang berlaku dalam kepimpinannya yang tidak pernah surut sejak ditubuhkan. Cerita lanjut...KLIK DISINI
* Selamat berkubur PKR - IBM
DAP, PKR trample on local customs and traditions - http://sarawakmonitor.blogspot.com/2011/02/dap-pkr-trample-on-local-customs-and.html
ReplyDelete-SM-
Salam. Bye..bye PKR.....
ReplyDelete