02 FEBRUARI
Salam 2 All.
Hari Ini catatan 'Hari Ini Dalam Sejarah' lambat sedikit di paparkan kepada para pembaca yang budiman. Apapun mari kita baca.....
PERJANJIAN KERETA NASIONAL KEDUA DIMETERAI |
PERJANJIAN KERETA NASIONAL KEDUA DIMETERAI Tarikh Peristiwa : 02-02-1993 Pada hari ini dalam tahun 1993, satu perjanjian usahasama untuk kereta nasional kedua telah dimeterai oleh 6 buah syarikat, iaitu UMW Corporation Sdn. Bhd., Med-Bumikar Mara Sdn. Bhd., Daihatsu Motor Co. Ltd. Jepun, Mitsui & Co. Ltd Jepun dan Daihatsu Malaysia Sdn. Bhd. Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anuar Ibrahim yang turut serta menyaksikan upacara menandatangani perjanjian usahasama tersebut berharap harga yang akan ditawarkan adalah rendah dan mampu untuk dibeli oleh rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Katanya lagi, seperti yang telah diperjelaskan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad bahawa berdasarkan pengalaman Proton Saga, harga kereta nasional kedua adalah rendah. Kereta Nasional kedua yang dijadual memulakan pengeluaran komersialnya pada bulan Julai 1994, dijangka akan dijual di pasaran tempatan pada harga maksimum RM24,000 seunit. Buat permulaan, kereta nasional kedua akan dikeluarkan dengan kuasa 660 c.c. yang rekabentuknya mirip Daihatsu Mira Jepun. Dengan terlancarnya projek kereta nasional kedua, dijangka akan dapat menyediakan di antara 400 hingga 600 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Sesungguhnya perjanjian usahasama itu, melambangkan hubungan baik yang berterusan antara Malaysia dan Jepun. Di samping itu projek Kereta Nasional kedua juga diharap akan menjadi landasan yang kukuh untuk pemindahan teknologi Jepun ke negara ini sekaligus memanfaatkan industri automatif tempatan. DAN jangan lupa baca yang di bawah ini juga.....
|