Friday, February 4, 2011

Kes ADUN Shuhaimi : Selangor menyalahkan kerajaan Pusat?

ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei (tengah) semasa hadir bagi memberi keterangan berhubung satu entri dalam blognya SriMuda.Blogspot.Com yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Salam untuk semua pembaca budiman.

Lazimnya begitulah. Bila kita membuat salah, jarang kita mengaku akan kesalahan kita itu. Sebaliknya kita akan menunding jari dan menyalahkan orang lain. Begitu jugalah al-kisah si Shuhaimi ni. Berani buat, tapi menyalahkan orang lain di atas ke lantangan dan kurang ajar mulutnya sendiri, dan...akibatnya terimalah sendiri.

KUALA LUMPURKerajaan negeri Selangor kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang memutuskan untuk mengenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda dari PKR Shuhaimi Shafiei, Isnin ini.

Tindakan tersebut, menurut kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu, menunjukkan sikap berat sebelah pihak berkuasa — yang terletak di bawah bidang kuasa Putrajaya — dalam mengambil tindakan perundangan ke atas wakil rakyat mereka.

“Sekali lagi, senario yang kita bimbangkan telah berulang apabila pihak berkuasa berat sebelah dalam mengambil tindakan dan hanya cepat menyelesaikan siasatan jika ia membawa keuntungan kepada Barisan Nasional (BN) dan memburukkan imej wakil rakyat Pakatan Rakyat,” kata Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

“Persoalan yang perlu dijawab oleh pihak berkuasa, mengapakah tindakan tegas dan cepat tidak diambil terhadap kes-kes yang melibatkan kepentingan ramai seperti kes kematian (bekas setiausaha sulit Exco Kerajaan Negeri Selangor) Teoh Beng Hock, (suspek polis mati di lokap) A. Kugan dan (remaja) Aminulrashid?” kata kenyataan itu.

Laporan semalam menyebut, Shuhaimi akan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung satu entri dalam blognya yang didakwa telah menghina Sultan Selangor.

Beliau hadir ke balai polis semalam untuk menyerah diri dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Kota Raja mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan dalam blognya pada 30 Disember lalu yang didakwa telah mempertikai keputusan Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Beliau menafikan kenyataannya itu bertujuan untuk menghasut rakyat dan menghina Sultan.

Kenyataan Pejabat Menteri Besar itu berkata, kerajaan negeri akan memberi sokongan penuh kepada Suhaimi dalam menghadapi kes tersebut.

“Dalam kes Shuhaimi, kerajaan negeri tidak akan membiarkan beliau berseorangan dalam menghadapi tuduhan tidak berasas ini.

“Kerajaan negeri akan membantu beliau dengan membiayai kos perundangan dan menyokong usaha beliau untuk menegakkan keadilan,” katanya lagi.

Kenyataan itu juga menambah, kerajaan negeri tidak percaya beliau mempunyai sebarang niat untuk memburukkan institusi Raja-raja Melayu.

“Ini dapat dibuktikan apabila Shuhaimi dan semua Adun Pakatan Rakyat yang lain, menyokong dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada 24 Januari lalu untuk mengembalikan perlembagaan negeri kepada bentuk asalnya yang memberi kuasa kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar untuk memilih tiga pegawai ex-officio kerajaan negeri,” kata kenyataan itu.

Sebaliknya, menurut kenyataan itu, kesemua Adun BN pula menolak pindaan tersebut, sekali gus menghalang pengembalian kuasa pelantikan tiga ex-officio kepada Sultan Selangor.

“Dalam hal ini, rakyat boleh menilai sendiri siapa sebenarnya penderhaka yang tidak menghormati langsung institusi Raja-raja Melayu tetapi dengan lantang melabelkan orang lain sebagai penderhaka,” kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu menambah, rakyat juga dapat melihat berlakunya ketidakadilan pihak berkuasa apabila kes yang tidak mengancam keselamatan negara diberi keutamaan untuk diselesaikan sedangkan banyak lagi kes jenayah yang meragut nyawa dan menjejaskan kualiti hidup rakyat gagal diselesaikan dengan kadar segera walaupun banyak aduan telah dibuat.

Dalam kenyataan itu, kerajaan negeri juga menegaskan, apa yang berlaku sekarang menguatkan lagi iltizam dan komitmen Pakatan Rakyat untuk mengembalikan integriti institusi penguatkuasaan termasuk kehakiman, Pejabat Peguam Negara dan polis sekiranya diberi mandat untuk memerintah negara pada pilihan raya umum ke-13.


* Kononnya nak jadi hero. Sekarang apa sudah jadi..?..terimalah akibatnya. Selamat maju jaya Shuhaimi, moga sejahteralah hidup mu dan jumpa di Mahkamah pada hari Isnin ini. Ada pula yang menyamai si Shuhaimi ni macam Hang Jebat pahalawan Melaka yang menderhaka kepada Raja. Ada tokoh ke dia ni..?...buat orang ketawa je..Hehehehehe. Jangan tergelak kuat sangat, nanti TGNA doakan 'pecah perut'. - IBM

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...