Tuesday, February 15, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

15 FEBRUARI

Salam, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

STADIUM MERDEKA banyak meninggalkan kenangaan manis dan pahit. Bercakap tentang Stadium Merdeka, terbayang kita kembali akan kegembilangan sejarah bolasepak Tanah Air yang telah banyak melahirkan pemain-pemain bolasepak yang bertaraf antara bangsa walaupun mereka tidak pernah mewakili atau bermain dengan kelab-kelab antarabangsa. Semasa itu negara Malaysia khususnya di peringkat Asia telah meganjurkan satu pertandingan bolasepak bertaraf antarabangsa, iaitu 'Pesta bola Merdeka'. memang amat mengalakan dan mendapat sambutan dari negara jiran Asia seperti, Indonesia, Korea, Jepun dan ramai lagi. Kini Stadium Merdeka hanya tinggal dalam kenangan. Mari kita baca sedikit latar belakang dan sejarah Stadium Merdeka......



PERLETAKAN BATU ASAS STADIUM MERDEKA
PERLETAKAN BATU ASAS STADIUM MERDEKA
Tarikh Peristiwa : 15-02-1957

Pada hari. ini dalam tahun 1957, upacara peletakan batu asas Stadium Merdeka telah dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman Putra di Kuala Lumpur. Pembinaan Stadium ini adalah sebagai persiapan menyambut kemerdekaan dan langkah ke arah memenuhi keperluan sebuah arena sukan yang moden di negara ini. Kerja-kerja pembinaannya diselenggarakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya yang telah dimulakan dalam bulan Julai 1956. Ia menyediakan kemudahan dan kelengkapan sukan yang bertaraf antarabangsa yang mampu memuatkan 22,000 penonton. Stadium ini telah mula digunakan pada upacara bersejarah tanahair, iaitu pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Sesungguhnya pembinaan Stadium yang penuh bersejarah ini adalah hasil kejayaan negara dalam perjuangan menuntut kemerdekaan bagi membentuk sebuah kerajaan sendiri. Bahkan ianya juga melambangkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum hasil daripada pelbagai kegiatan sukan, kebudayaan dan upacara kebangsaan yang diadakan di Stadium ini.


MAPEN MENUBUHKAN LIMA JAWATANKUASA PETUGAS
Pada hari ini dalam tahun 1989, Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) telah mengisytiharkan penubuhan Lima Jawatankuasa iaitu; Jawatankuasa Prestasi Perlaksanaan Dasar Pembasmian Kemiskinan:- dipengerusikan oleh Profesor Diraja Ungku Aziz dan timbalannya ialah Tan Sri Thong Yaw Hong dengan 40 orang ahli; Jawatankuasa Prestasi Perlaksanaan Penyusunan Semula Masyarakat:- dipengerusikan oleh Datuk Abdullah Badawi dan timbalannya ialah Encik Yong Poh Kong dengan dianggotai oleh 40 orang ahli; Jawatankuasa Teknikal Tentang Pengutipan Metodologi dan Analisa Data:- dipengerusikan oleh Datuk Tan Peng Koon dan timbalannya Encik Khalid Samad dengan 10 anggota; Jawatankuasa Ekonomi Negara dan Perkembangan Antarabangsa:- dipengerusikan oleh Encik D.P. Vijandran dan timbalannya Encik Affendi Norwawi dengan 30 orang ahli; dan Jawatankuasa Pembangunan Sumber Tenaga Manusia, Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Datuk Abdul Khalid Ibrahim dan timbalannya Encik Benedict Topin dengan 30 orang ahli. Menurut pengerusi MAPEN, Tan Sri Ghazali Shafie penubuhan Jawatankuasa ini bertujuan untuk mengkaji dengan teliti prestasi semua aspek berkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru. Ia juga selaras dengan hasrat untuk memberi peluang kepada semua perwakilan untuk memberi pendapat secara am mengenai Dasar Ekonomi Baru.

Selamat Membaca - IBM

Sumber : Arkib Negara


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...