Tuesday, February 22, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

22 FEBRUARI

(Penyerahan senjata dari tentera Jepun)

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

Hari ini dalam sejarah lambat sedikit di paparkan. Bacalah apa yang berlaku pada hari ini :

JEPUN MENYERAH DIRI DI KUALA LUMPUR

Pada hari ini 22.2.1946, Satu upacara penyerahan kuasa oleh tentera Jepun kepada kerajaan British telah dijalankan di Victoria Institution, Kuala Lumpur dimana General-General Jepun menyerahkan pedang samurainya kepada Lefternan General, Sir Frank Messervi pegawai pemerintah Malaya Common. Penyerahan pedang samurai oleh General-general Jepun ini menandakan peringkat terakhir penyerahan kuasa oleh pihak tertinggi tentera Jepun di Tanah Melayu. Penyerahan kuasa peringkat awal dilakukan secara beramai-ramai di akhir tahun 1945 di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur. Penyerahan diri itu adalah ekoran dari pengisytiharan tamat Perang Dunia Ke-2 di mana Jepun mengaku kalah tanpa syarat pada 15 hb Ogos 1945 selepas Bandar Hiroshima dan Nagasaki dimusnahkan oleh bom atom Pihak Berikat. Tentera Jepun terpaksa berundur keluar dari Tanah Melayu. Dengan penyerahan kuasa itu, berakhirlah zaman pendudukan Jepun selama 3 setengah tahun di Tanah Melayu.

DAN TERUSKAN MEMBACA.....

PERSIDANGAN PARLIMEN YANG PERTAMA SELEPAS MAGERAN

Tarikh Peristiwa : 22-02 1971

Pada hari ini dalam tahun 1971, Persidangan Parlimen pertama selepas negara diletak dibawah pentadbiran Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), pimpinan Tun Abdul Razak telah diadakan. Upacara pembukaan ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Tunku Abdul Halim Muadzam Shah. Dalam titah ucapannya, baginda mengingatkan rakyat supaya berusaha mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 daripada berulang kembali. Baginda juga, menyeru rakyat agar berusaha memperbaiki keadaan ekonomi, memperkukuhkan ketenteraman dan perpaduan negara. Dalam persidangan itu Rang Undang-undang (Pindaan) Perlembagaan telah dibentangkan antaranya, Fasal 2, Perkara 10 yang menyekat kebebasan berbincang mengenai hal-hal yang berkaitan dengan Kewarganegaraan, Bahasa, Kedudukan Istimewa Orang-orang Melayu dan Kedaulatan Raja-raja Melayu. Pindaan juga dibuat pada fasal 6, mengenai kedudukan rakyat Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang di sama tarafnya dengan kedudukan orang Melayu di Semenanjung Malaysia. Pindaan – pindaan ini dibuat bertujuan bagi menjamin amalan demokrasi yang diamalkan oleh negara sejak negara mencapai kemerdekaan dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya demi menjamin kesejahteraan rakyat bersama.


SELAMAT MEMBACA MOGA MENDAPAT MENAFAAT DARINYA - IBM

SUMBER : ARKIB NEGARA.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...