Sunday, February 13, 2011

KITA MENGALAH LAGI......

Selangor negeri ketiga bakal hilang kuasa Melayu

Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan

Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE)

Salam semua pembaca yang budiman.

JANGAN terkejut kalau kita katakan Selangor negeri ketiga bakal hilang kuasa Melayu. Tidak pelik untuk meramalkan masa depan Melayu Selangor, negeri terkaya negara.

Siapa pernah duga Selangor yang berkurun-kurun menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) sudah terlepas ke tangan pembangkang salam pilihan raya umum 2008.

Macam mimpi bila diumumkan BN kalah dulu. Ramai tidak percaya sekalipun ia sudah realiti. Seperti mana Selangor, Singapura dan Pulau Pinang juga pernah menjadi dominan Melayu suatu ketika dulu. Ambil contoh Singapura, ia menjadi empayar kemegahan pahlawan Melayu pada zamannya.

Pada tahun 50-an semua kekuatan Melayu dihimpunkan di Singapura. Baik kebangkitan politik, semangat Melayu atau perkembangan pendidikan, perubatan, kesenian atau persuratan Melayu, semuanya berpusat di Singapura.

Bukan sahaja Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan di Singapura, malah akhbar Utusan Melayu dan Berita Harian juga diasaskan di Singapura. Universiti Malaya juga ditegakkan di Singapura sebelum dipindahkan ke Kuala Lumpur.

Apa lagi khazanah Melayu yang tidak ada di Singapura ketika itu, semuanya dihimpunkan di Singapura. Bagi kita, Singapura menjadi lambang ilmu dan kebangkitan Melayu. Tidak hairanlah ramai tokoh terbilang Malaysia lahir dan membesar di Kota Singa. Ramai tokoh dan pembesar kita menimba ilmu di Singapura, termasuk negarawan ulung kita, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Peliknya apabila Tun Dr Mahathir menyentuh nasib Melayu Singapura baru-baru ini, ia menjadi mangsa kecamanan Melayu Singapura tidak senang dengan simpati negarawan Malaysia terhadap mereka. Maknanya Melayu Singapura menganggap mereka amat selesa dan selamat hingga tidak perlu simpati sesiapa.

Demikian juga dengan Melayu Pulau Pinang, mereka tetap merasakan terjamin dan lebih selesa tinggal di negeri pimpinan bukan Melayu, Malah ada suara menyatakan kehidupan mereka lebih baik berbanding Pulau Pinang diperintah BN dulu. Kenapa demikian berlaku?

Bukan mustahil suatu hari nanti Melayu Selangor pula merasakan lebih bahagia tinggal dibumi bertuankan bukan Melayu. Dan bukan mustahil juga satu hari nanti tokoh bukan Melayu diangkat menjadi Menteri Besar Selangor. Kita tidak boleh menghalang perubahan ini berlaku kerana perlembangaan dan demokrasi membenarkan. Bersambung..............

* Tunggu di episod seterusnya. Harap bersabar - IBM

2 comments:

  1. KLU DAH TERHANTOK BARU NAK TERGADAH, DI WAKTU TU MENANGIS AIR DARAH PUN DH X BERGUNA DAHHH. TENGOK JEK KAT PENANG TU. ORG MELAYU DH MULA MERAUNG SAKAN

    ReplyDelete
  2. Jeffry : Salam bro, salam perjuangan. Betul tu. Orang melayu masih lagi belum sedar. Sekarang Melayu P.Pinang sudah merasa keperitannya bersama dgn pemimpin bukan Melayu...itu kehendak mereka. Jangan salahkan BN/Umno.....fikir2lah sendiri...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...