Saturday, February 5, 2011

Celako, Celako, nak berdebat pulak....

Nik Aziz sahut cabaran ulama UMNO
Nik Aziz mengeluarkan kenyataan sesiapa yang mengundi PAS masuk syurga dan tidak mengundi PAS disifatkan sebagai 'Jahiliah' - Mohd Noor
Setiap pendebat mestilah bersikap profesional meskipun berlainan ideologi politik - Fathul Bari
Debat ini hanya untuk kedua-dua pihak mencari untung politik - Ibrahim Ali
Mohd Noor tidak dapat mengubah polisi Kerajaan, buat apa layan - Mahfuz Omar

Salam 2 All para pembaca budiman.

Cabar mencabar. Itulah isu terbaru yang mana Nik Aziz setuju dan menyahut cabaran dari ulama UMNO, Profesor Mohd Noor Deris yang juga bekas ahli PAS berdebat secara terbuka dengannya berhubung dakwaan kenyataan Mursyidul Am PAS itu telah merosakkan akidah ramai umat Islam.

Di pihak Nik Aziz, debat adalah cara terbaik bagi menyelesaikan kekusutan sekali gus memberi kefahaman kepada umat Islam. Katanya, boleh berdebat, tapi dengan cara baik dan menjadikan al-Quraan sebagai 'orang tengah'.

Dalam satu kenyataan disiarkan oleh media semalam, Mohd Noor yang juga bekas ahli PAS menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja Melayu supaya mengkaji beberapa kenyataan Nik Aziz yang dilihat bercanggah dengan syarak selain menjejaskan kestabilan politik dan keselamatan negara.

Antara lain, Menteri Besar Kelantan itu didakwa pernah mengeluarkan kenyataan sesiapa yang mengundi Pas akan masuk syurga dan tidak mengundi Pas disifatkan sebagai 'jahiliah ketika berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Tenang baru-baru ini.

* Memang tidak di nafikan lagi. PAS telah banyak menyesatkan umat Islam di negara ini. Setiap kali adanya PRK, Nik Aziz akan mengeluarkan fatwa yang berbeza-beza dan mengelirukan umat islam. Saya setuju supaya debat ini di adakan. Ajarkan sikit Nik Aziz ni, yang kononnya dialah yang paling alim, ulama. Siapa yang memberi gelaran 'ulama' kepada dia..?..tak lain tak bukan pengikut-pengikut dia yang telah di sesatkannya. Boleh di katakan Nik Aziz ni adalah jelmaan 'Dajal' yang telah turun ke dunia ini bagi menyesatkan umat-umat Nabi Muhammad dan hamba-hamba Allah. Perkara ini harus di hentikan sebelum terlambat - IBM


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...