Monday, February 28, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

28 FEBRUARI

ASSALAMUALIKUM PARA PEMBACA YANG BUDIMAN

SEJARAH YANG BERLAKU PADA HARI.........


UNIVERSITI TORONTO - UNIVERSITI YANG PERTAMA DI KANADA MEMPERKENALKAN BAHASA MALAYSIA SEBAGAI SATU MATA PELAJARAN DI JABATAN BAHASANYA
Tarikh Peristiwa : 28-02-1983

Penggunaan Bahasa Malaysia yang meluas di kalangan masyarakat akan dapat dipertingkatkan lagi dengan adanya sistem pembelajaran yang kemaskini dan sistematik. Hari ini Bahasa Malaysia tidak lagi menjadi pengajian di dalam negeri sahaja tetapi juga di luar negara. Pada hari ini 28.2.1983, Penolong Ketua Nazir Sekolah-Sekolah, Dr. Yahya Ibrahim mengumumkan Universiti Toronto menjadi universiti yang pertama di Kanada memperkenalkan Bahasa Malaysia sebagai mata pelajaran di Jabatan Kajian Bahasa di Universiti tersebut. Menurut Dr. Yahya lagi, beberapa orang tenaga pengajar dari Universiti Toronto akan datang ke Malaysia untuk membuat kajian kurikulum matapelajaran Bahasa Malaysia, meliputi perkara-perkara berkaitan dengan tahap bahasa yang akan diajar dan tenaga pengajar yang diperlukan. Selain daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia juga telah diajar di Kanada iaitu di Universiti Carlton, Kanada. Pengajian Bahasa Malaysia telah mengalami perkembangan yang semakin meluas, bahasa yang menjadi pertuturan 150 juta penduduk nusantara itu telahpun diajar di 10 buah universiti di Amerika Syarikat. Dengan kemajuan ini akan dapat memperkembangkan lagi kebudayaan negara ini di negara-negara luar.

JUGA PADA HARI YANG SAMA.....



WAWASAN 2020 DIUMUMKAN

Tarikh Peristiwa : 28-02-1991

Pada hari ini dalam tahun 1991, Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan wawasan jangka panjang Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 pada Majlis Perdagangan Malaysia. Wawasan ini telah dibentangkan di dalam satu kertas kerja yang bertajuk ‘Malaysia- The Way Forward’ di mana di dalam kertas kerja tersebut terdapat pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 yang mengandungi sembilan cabaran ini merangkumi semua aspek kehidupan daripada segi moral, ekonomi, politik dan sosial. Teras utama dasar ini ialah pembangunan menyeluruh dengan memberi keutamaan kepada perpaduan kaum di kalangan rakyat Malaysia. Keunikan mengenai wawasan ini ialah mengetengahkan acuan kemajuan berdasarkan acuan pemikiran rakyat Malaysia sendiri Matlamat wawasan ini ialah untuk menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 dan mencapai kemajuan yang seimbang dari segi fizikal dan rohani agar ia dapat melahirkan satu Bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu.

SELAMAT MEMBACA -IBM

[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...