Tuesday, February 1, 2011

Kata Alim, tapi Nik Aziz kuat bohong, menipu rakyat

Menipu satu ibadah, kata Nik Aziz
Salam, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Bila cerita pasal menipu, selagi kita di nama manusia, kita tak lari dari menipu sekiranya kita terdesak. Tapi yang ini lain sikit. Orang yang di percayai penuh dan dianggap alim oleh pengikut-pengikutnya, sanggup menipu.....

KOTA BHARU Menteri Besar Kerajaan PAS Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang pernah dikritik kerana menanggung kerugian RM50 juta selepas membina bangunan Bazar Tok Guru, di sini, kini mahu menjual setiap lot kedai dengan harga RM90,000 sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati 415 peniaga.

Peniaga Pasar Besar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dan Arked UDA menganggap Nik Aziz dan kerajaan negeri mungkir janji apabila sebelum ini mereka dijanjikan dengan harga RM40,000 setiap lot dan keluasan 3.04 x 3.65 meter persegi tetapi kini harganya naik sekali ganda serta keluasan yang disediakan adalah 1.82 x 2.4 meter persegi.

Berikutan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang memandang serius perkara berkenaan akan mengutus surat kepada Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Mustapa berkata, masalah itu amat serius kerana kebanyakan peniaga terbabit tidak berkemampuan untuk memiliki lot terlalu mahal sehingga menyamai harga sebuah lot kedai di Kuala Lumpur.

“Senario ini menunjukkan kerajaan PAS Kelantan gagal mengotakan janjinya sebagaimana diucapkan Menteri Besarnya pada pilihan raya umum lalu, sekali gus menunjukkan mereka sudah mula hendak menindas rakyat negeri ini,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri memberitahu pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan peniaga terbabit di sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha Politik Perdana Menteri yang juga Ketua UMNO bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Pada 15 Januari 2010, pembinaan Bazar Tok Guru itu menimbulkan kontroversi apabila kerajaan PAS Kelantan dilaporkan menanggung kerugian dianggarkan kira-kira RM50 juta apabila terpaksa menebus balik bangunan itu daripada pemaju swasta yang terbabit dalam pembinaan bazar itu.

Ketika itu, Nik Aziz memberi jaminan bahawa lot di bazar itu akan dijual dalam lingkungan harga RM40,000 namun, sebaliknya berlaku, apabila dikenakan dengan harga antara RM80,000 sehingga RM90,000.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga Arked Huda, Borhan Mohamad Nor, berkata pihaknya tidak akan berpindah ke bazar itu selagi isu berkaitan tidak dapat diselesaikan sebagaimana dijanjikan sebelum ini.

Pengerusi Pasar Besar Arked MPKB, Ab Salim Ahmad, pula berkata semua peniaga percaya dengan janji Nik Aziz sebelum ini, namun akhirnya kecewa apabila diperlakukan sedemikian.

“Kami sudah berjumpa dengan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, namun hanya diberikan janji saja, mungkin ada sesuatu yang hendak disembunyikan,” katanya.

* Siapa dia Nik Aziz ni, Rasul, Malaikat..?...orang bodoh saja yang menganggap dia ni Alim, tapi sebenafrnya dia 'bengak, bodoh, bongkak, dan dah nyanyuk. Bersabit kes ini, Nik Aziz patut di siasat, Jangan kasi can dia lepas...SPRM mesti siasat - mencari keadilan untuk rakyat - IBM


4 comments:

  1. hangkedee : Salam. Nik Aziz boleh lari. Dia ahli syurga. Itu sebab dia boleh mencarut, mendoakan perut orang pecah, dan bla..bla.... Bila dah tua mcm Nik Aziz (Nyanyuk) patut le bertaubat sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  2. Salam semua,

    Benar Kata Allah bahawa sebaik-baik kamu disisiKu ialah yang paling bertaqwa.

    Tidak pula Dia Kata bahawa sebaik-baik kamu disisiKu ialah yang belajar agama.

    Ilmu agama bukan unsur terpenting dalam mencapai ketaqwaan walaupun ianya salah satu faktor penting bagi memiliki asas kehidupan beragama.

    http://sukusakat-hangtuah.blogspot.com/2011/02/buktipemecah-belah-umat-islam-adalah.html

    ReplyDelete
  3. tablogh : W'kumasallam. Setuju dengan komen Tuan. Taqwa adalah perbuatan yg mulia di sisi Allah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...