Saturday, February 19, 2011

PRK yang pertama, 2 dalam 1


PRK Kerdau serentak dengan Merlimau

Negara mencatat sejarah mengadakan PRK serentak iaitu dua dalam satu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kerdau diadakan pada 6 Mac dan penamaan calon pada 26 Februari, yang diadakan serentak dengan pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof malam ini dalam sidang media di Kuching.

Pilihan raya Kerdau diadakan ekoran penyandangnya Zaharuddin Abu Kassim daripada BN yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.

Ia merupakan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga pilihan raya kecil pertama di Pahang.

Dalam pilihan raya umum lalu Zaharuddin menang kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu
, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.


* Tiada masalah bagi kita orang kemana kita akan bantu. Jentera kita cukup. Pastikan kedua DUN ini milik kita, BN - IBM

2 comments:

  1. 2 THN SAYA DI KERDAU, PARTI PAS LEBIH MENONJOL DI KERDAU............TAPI MASIH BELUM TERJAMIN KEMENANGAN MEREKA DI SANA, KINI RAMAI YG MULA SEBUT PSL PROJEK MI SEGERA........ TAPI SELAMA INI X RMAI YG SEBUT PSAL PROJEK YG DILAKSANAKAN DI SANA........... CERAMAH ANWAR DI KERDAU DULU JUGA DIKATAKAN MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT, TETAPI SAYA TETAP BERHARAP KEADAAN MNYEBELAHI UMNO..... PAS X BOLEH TAWAN KERDAU, SBB ADANYA PKR DAN DAP..... SAYA X KESAH KALAU PAS MENANG DGN SYARAT PAS BERGERAK TANPA PKR DAN DAP, PKR DAN DAP BAWA BAHAYA

    ReplyDelete
  2. palan : Salam perjuangan. Bagi saya perjuangan PAS sudah lari perjuangannya yg sebenar. Mereka (PAS) lebih percayakan bangsa lain dari bangsa sendiri (Melayu). PAS sanggup menabur fitnah daripada membuat kerja2 amal, tapi sebaliknya. Apa pun, di Kerdau, saya berasa yakin UMNO akan menang, bukan takbur, bukan sombong, tapi realitinya, rakyat sudah dpt mengenal siapa PAS yg sebenarnya. Sama-sama kita tunggu.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...