Monday, February 21, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

21 FEBRUARI

ASSALAMUALIKUM SEMUA PEMBACA YANG DIRAHMATI ALLAH.
Hari dalam sejarah memaparkan kisah-kisah yang mungkin kita tidak ketahui kerana pada hari tersebut mungkin kita belum dilahirkan lagi....jom baca....

PERSIDANGAN PERTAMA ALIM ULAMAK SEMALAYA SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA
Tarikh Peristiwa : 21-02 1950

Dalam perkembangan sejarah negara ini, peranan para Ulamak cukup besar sekali, kemampuan mereka membuat tafsiran dan menyelesaikan permasalahan semasa telah banyak membawa kepada kemajuan negara. Dengan tahap kefahaman ilmu yang mendalam inilah yang telah membawa golongan ini mampu menyelesaikan masalah di dalam masyarakat. Pada hari ini 21.2.1950 buat pertama kalinya Persidangan Alim Ulamak Semalaya selepas Perang Dunia Kedua telah diadakan di Muar, Johor. Persidangan ini telah dianjurkan oleh UMNO Malaya dengan kerjasama UMNO bahagian Muar dan Tangkak dan Jemaah Pengembangan Agama, Muar. Seramai 46 orang para perwakilan alim ulamak dari seluruh Malaya dan Singapaura kecuali Pahang, turut hadir ialah 300 orang pemerhati. Persidangan ini telah berjalan selama dua hari. Persidangan ini telah dibuka oleh Pengerusi Mesyuarat Agong UMNO, Tuan Syed Abdul Kadir Muhamed, beliau mewakili Yang Dipertua Agong UMNO Malaya Dato' Onn Jaafar. Dalam ucapan pembukaan, Tuan Syed Abdul Kadir menyatakan persidangan ini memainkan peranan yang penting dalam usaha mencari jalan menjaga kebajikan umat Islam di Malaya. Islam bukan sahaja satu pegangan atau kepercayaan semata-mata bahkan ianya suatu kuasa yang sangat kuat yang berdasarkan kebenaran dan hak. Dengan mengamalkan ajaran Islam yang sempurna, Umat Islam di masa yang lalu telah mencapai kemajuan yang sungguh berkesan dan telah membentuk perjalanan sejarah dunia. Di antara perkara-perkara yang telah dipersetujui di dalam persidangan ini berkaitan dengan permasalahan mengerjakan Haji dan pendidikan tinggi dalam aliran agama di negara ini. BACA SETERUSNYA......



Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)

MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS (MPSI) DINAIKKAN TARAF KEPADA INSTITUT PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (IPSI)

Tarikh Peristiwa : 21-02-1987
Pada hari ini dalam tahun 1987, Kementerian Pelajaran telah mengisytiharkan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dinaikkan taraf daripada sebuah maktab menjadi institut dan bergelar Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI). Usaha menaikkan taraf ini adalah hasil kerjasama pihak Kementerian Pelajaran dan Persatuan Suluh Budiman iaitu Persatuan Profesional Para Lepasan Maktab berkenaan sejak sekian lama. MPSI telah ditubuhkan pada 29 November 1922, ketika ditubuhkan Maktab ini dinamakan Sultan Idris Training College For Malay Teachers atau ringkasnya SITC, sebagai menghormati Almarhum Sultan Idris ibni Almarhum Raja Iskandar, Sultan Perak. Berikutan daripada kenaikan tarafnya, IPSI telah diberikan kuasa untuk mengendalikan Kursus Sijil Lanjutan Perguruan dan Diploma Lepasan Ijazah. Bersesuaian dengan peranan dan kepentingannya, ia telah mendorong kerajaan untuk menaikkan taraf institut pendidikan ini ke peringkat yang lebih tinggi sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris atau UPSI pada 1 Mei 1997. Sesungguhnya, kenaikan taraf ini memberikan impak yang penting dalam mengembangkan institusi akademik dari segi bahasa, sejarah dan budaya, yang bertujuan untuk mengimbangi perkembangan sains, teknologi dan industri agar tidak tempang.

SELAMAT MEMBACA SEMUA. - IBM
SUMBER : ARKIB NEGARA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...