Monday, February 7, 2011

Sorotan Politik PKR yang haru biru dan akan berkubur


PKR akan berkubur tidak lama lagi

Kekecohan berlaku semasa pemilihan cabang PKR

Salam 2 All.
Kepada pembaca yang terlepas pandang, atau sengaja tak nak ambil tahu, sedikit sorotan politik PKR yang sudah menampakkan kehancurannya.....

7 Januari : Setiausaha Agung PKR letak jawatan
Datuk Salehuddin Hashim mengesahkan beliau meletakan jawatan sebagai Setiausaha PKR.

21 Januari : Khalid dititah menghadap Sultan Selangor
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dititah menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kontroversi pendiriannya yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

25 Januari : Ahli Parlimen Indera Mahkota letak jawatan.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalanengerusi PKR Pahang. Beliau bagaimanpun masih kekal sebagai ahli parti itu dan juga Ahli Parlimen Indera Mahkota.

12 Februari : Zaharin keluar PKR, letak jawatan.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrin Mohamed Hashim, mengumumkan keluar PKR dan meletakan semua jawatannya dalam parti itu. Katanya, keputusan itu dibuat kerana beliau kecewa dengan pemerintahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta tidak lagi percaya dengan perjuangan Pakatan Pembangkang.

28 Februari : Fairus keluar PKR masuk UMNO.
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai UMNO.

1 Mac : Ahli Parlimen Nibong Tebal keluar PKR.
Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng keluar daripada PKR berkuat kuasa serta-merta kerana kecewa dengan kerenah kepimpinan tertinggi parti itu. Beliau meletakkan semua jawatan dalam parti itu serta memilih menjadi wakil rakyat bebas yang tidak berpihak kepada mana-mana parti.

6 Mac : Zulkifli Noordin dipecat dari PKR, didesak kosongkan kerusi.
Ahli Parlimen kulim-Bandar Baharu, Zulkifili Noordin dipecat dari parti oleh Majlis pimpinan Pusat (MPP) PKR ekoran tindakan Zulkifili yang meninggalkan sesi pendengaran Lembaga Displin PKR berhubung isu kalimah Allah.

15 April : ADUN Bakar Arang keluar PKR.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Kedah, Tan Wei Shu keluar PKR dan menjadi ADUN bebas kerana kecewa dipergunakan untuk kepentingan individu tertentu.

19 April : Dr Halili sertai UMNO
Datuk Dr Halili Rahmat yang merupakan salah seorang pemimpin dan juga bekas Doktor peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO. Dr Halili 58, yang turut bersama-sama Anwar mengasaskan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) pada 1999, mengambil keputusan tersebut selepas mendapati PKR bukan lagi sebuah parti politik berasaskan perjuangan.

14 Mei : Wee Choo Keong keluar PKR.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong hari itu mengisytiharkan keluar parti PKR kerana kesal dengan kepimpinan PKR dan pakatan pembangkang yang gagal mengambil tindakan terhadap skandal pasir di Dengkil, Selangor.

* Insyallah, banyak lagi akan menyusul dan akan dipaparkan - IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...