Monday, February 7, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

07 FEBRUARI

Salam, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Adakah anda seorang bekas askar..? Askar Melayu atau askar Wataniah?...mai baca sejarahnya..

REJIMEN 511 ASKAR WATANIAH DITUBUHKAN
REJIMEN 511 ASKAR WATANIAH DITUBUHKAN
Tarikh Peristiwa : 07-02-1980

Pelbagai pendekatan telah digunakan oleh negara dalam mengawal keselamatan negara daripada ancaman musuh. Salah satu daripada cabang pertahanan ialah melalui perkhidmatan askar wataniah. Pada hari ini 7 Februari 1980, Rejimen 511 Askar Wataniah telah ditubuhkan di Sarawak. Penubuhan pasukan ini bagi menggantikan pasukan pertahanan tempatan Sarawak yang telah dibubarkan. Komander Pertama Rejimen 511 Askar Wataniah ini ialah Kol. Datuk Amar Hamid Bugo. Rejimen 511 Askar Wataniah sekarang terdiri daripada 91 orang pegawai dan 1608 lain-lain pangkat. Sejak ditubuhkan Rejimen 511 `Askar Wataniah' telah merekrut, melatih dan mentadbir 10,523 anggota sukarela. Dengan penglibatan semua pihak dalam pertahanan, pelbagai isu dapat diselesaikan dan keamanan negara dapat dikawal dengan baik.

Dan di hari yang sama, berita sedih menyelubungi negara. Teruskan baca....

TOKOH POLITIK VETERAN HJ. MASOOD HAYAT MENINGGAL DUNIA
Pada hari ini dalam tahun 1988, tokoh politik yang sama-sama berjuang untuk mencapai kemerdekaan iaitu Haji Masood Hayat telah meninggal dunia pada usia 102 tahun. Beliau diingati sebagai orang yang membaca doa semasa bendera Union Jack diturunkan di Padang Kelab Selangor pada malam 31 Ogos 1957. Semasa hayatnya beliau bergiat aktif dalam bidang politik sejak zaman sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi. Beliau turut berjuang menentang penubuhan Malayan Union. Antara rakan-rakan seperjuangan Allahyarham ialah Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu YTM Tunku Abdul Rahman dan Tun Sardon Jubir. Selepas merdeka, beliau berjaya menjadi ahli Parlimen kawasan Sementa di Pahang dari tahun 1955-1959. Kemerdekaan negara yang dicapai pada 31 Ogos 1957 bukanlah lahir daripada usaha-usaha yang mudah, pengorbanan tokoh dan jasa bakti mereka patut dikenang dan dihargai oleh generasi hari ini.

* Membaca adalah satu amalan yang amat berguna. Selamat Membaca - IBM

Sumber : Arkib Negara
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...