ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
26 SEPTEMBER
SEMINAR KEBUDAYAAN DAN PELANCONGAN ASEAN DI DEWAN TUN HUSSIEN ONN PWTC, K.L. TARIKH PERISTIWA : 26.09.1988 |
Kebudayaan dan pelancongan adalah di antara aspek utama yang menyumbang kepada pendapatan negara. Selain dari memelihara warisan negara, kebudayaan juga berjaya menarik minat pelancong-pelancong dari luar negara untuk melawat dan melihat negara kita dengan lebih dekat lagi. Kedatangan mereka membawa rezeki kepada penduduk tempatan dan turut menyumbang kepada pendapatan negara. Pada hari ini 26 September 1988, satu seminar mengenai kebudayaan dan pelancongan ASEAN telah dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan dan Kesenian Malaysia Y.B. Dato’ Sabbaruddin Chik di Pusat Dagangan Dunia Putra. Seminar yang berlangsung selama dua hari ini dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Kecil ASEAN (Sub-Committee on Tourism). Sebanyak 6 kertas kerja dibincangkan di seminar tersebut. Seminar peringkat ASEAN ini buat pertama kalinya diadakan di sini bagi sama-sama membincangkan soal-soal kebudayaan dan pelancongan di rantau ini. Ini kerana pelancong-pelancong yang datang ke salah satu negara-negara ASEAN diharapkan akan menghabiskan masa untuk melawat kesemua negara ASEAN yang berjiran. Usaha-usaha bersama akan dapat membantu memajukan industri pelancongan di negara-negara ASEAN dan Malaysia khasnya. Bagi negara kita, Malaysia, industri pelancongan sentiasa diberikan perhatian supaya kehadiran pelancong-pelancong di negara kita ini akan menjadi kenangan manis untuk mereka dan diharapkan mereka akan datang lagi di masa-masa hadapan. Melalui seminar ini agensi-agensi pelancongan negara akan dapat merangka dan mempelajari teknik-teknik dan kepakaran agensi-agensi pelancongan di lain-lain negara ASEAN. Melalui seminar juga mereka akan dapat bertukar fikiran dan pengalaman masing-masing dalam industri pelancongan negara-negara berjiran di rantau ASEAN.
|
SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM ~
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
SELAMA-LAMA NYA DALAM NERAKA KE?
ReplyDeleteSalam bro dolah.
ReplyDeleteHal Neraka, itu hal Agama, tiada kena mengena dengan politik. Jangan disalah tafsir. Sebuah Parti Politik yg kononnya memperjuangkan Agama, belum tentu tempatnya disyurga...fikir-fikirkanlah.....