Sunday, September 4, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAM MUALAIKUM W.B.T SALAM AIDILFITRI SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA
 04 SEPTEMBER
 HARI INI DALAM SEJARAH : 
PENGUMUMAN 11 NOVEMBER SETIAP TAHUN DIISYTIHARKAN SEBAGAI HARI KELUARGA KEBANGSAAN
TARIKH PERISTIWA : 04.09.1990

Pembinaan masyarakat di dalam sesebuah negara, lahir daripada kewujudan sesebuah keluarga. Proses pembinaan Institusi Keluarga memerlukan pelbagai pendekatan untuk mewujudkan keluarga bahagia bagi membina negara di masa hadapan. Bagi pihak kerajaan di antara usaha-usaha yang dijalankan ialah dengan mengadakan hari keluarga di peringkat kebangsaan. Pada hari ini 4 September 1990 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Sulaiman Daud telah mengisytiharkan 11 November setiap tahun sebagai hari keluarga kebangsaan. Hari Keluarga Kebangsaan ini merupakan hari kemuncak kepada sesuatu hari yang berkaitan dengan keluarga seperti Hari Ibu dan Hari Bapa. Datuk Dr. Sulaiman menjelaskan Hari Keluarga ini merupakan objektif jangka panjang kerajaan dalam mewujudkan masyarakat yang bersatu dan bertimbang rasa. Sebagai satu unit asas dalam masyarakat, keluarga memainkan peranan yang penting dalam mengelak berlakunya gejala sosial dalam masyarakat seperti menagih dadah, gejala lepak, lari daripada rumah dan lain-lain. Selain daripada itu usaha-usaha ini akan dapat melahirkan keluarga terutamanya anak-anak yang sihat, berdisiplin, kreatif, berdaya tahan dan produktif. Pelbagai pendekatan yang digunakan ini bertujuan mewujudkan asas keluarga yang akan membawa dan membentuk generasi masa depan negara.  Sebagai satu unit asas ianya pasti menyumbang peranan yang besar dalam pembangunan negara.
~ SELAMAT MEMBACA KEPADA PEMBACA YANG BUDIMAN. IKHLAS DARI SAYA : IBM ~
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...