ASSALAM MUALAIKUM W.B.T SALAM AIDILFITRI SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA
Anak kepada jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, Mohd Irfan, 8, menyiram air mawar ke pusara bapanya sambil diperhatikan ibunya Norazrina Jaafar yang mendukung adiknya Mohd Naufal, 3, selepas dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam UPM Serdang dekat Kuala Lumpur, Ahad. Allahyarham Noramfaizul terbunuh ketika membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia Turut kelihatan ibu Allahyarham Noramfaizul , Naemah Abdul Majid dan isteri Menteri Penerangan komunikasi dan Kebudayaan, Datin Seri Maznah Rais.
KUALA LUMPUR: Jenazah jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban akibat terkena tembakan curi di Somalia, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, hari ini, Ahad.
Pengebumian berlangsung dalam suasana pilu dengan kehadiran bukan sahaja anggota keluarga bahkan sahabat handai serta rakan media, termasuk kakitangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan BernamaTV.
Selepas bacaan talkin disempurnakan, anggota keluarga Noramfaizul menyiram air mawar dan menabur kelopak bunga di pusara Allahyarham yang terkorban selepas terkena tembakan di Mogadishu ketika menaiki kenderaan pacuan empat roda bersama petugas media Malaysia lain untuk pulang ke tempat penginapan pada Jumaat.
Mereka berada di Mogadishu untuk membuat liputan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu mangsa kebuluran Somalia.
~ Jangan di tangisi insan yang telah pergi. Pemergiannya sebagai 'Wira negara'. Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah, moga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang yang berimah. Amin! - Ikhlas dari saya : IBM ~