ASSALAM MUALAIKUM KEPADA SEMUA PARA PEMBACA YANG BUDIMAN
Ismail Omar pada sidang media berkaitan Ops Sikap Ke-24 di Bukit Aman, semalam.
KUALA LUMPUR Sept. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar melahirkan rasa kecewa kerana semua usaha dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendidik rakyat negara ini agar bersikap tertib dan sopan di jalan raya masih tidak berkesan sehingga mengakibatkan Ops Sikap Ke-24 yang berakhir kelmarin, gagal.
Beliau berkata, bermacam-macam pendekatan sudah diambil oleh PDRM dan pihak berkuasa lain untuk mendidik orang ramai agar bersikap tertib dan sopan di jalan raya, namun ia masih gagal.
Sehubungan itu, katanya, beliau akan mengemukakan cadangan kepada Menteri Dalam Negeri agar merangka kokurikulum program keselamatan jalan raya di peringkat sekolah rendah dan prasekolah untuk memberi kesedaran serta menanam budaya pematuhan kepada peraturan dan undang-undang lalu-lintas.
“Saya berasa dukacita dan kesal kerana semua usaha yang kita buat selama ini untuk mendidik orang ramai bersopan dan tertib di jalan raya seolah-olah tidak berkesan apabila jumlah kemalangan masih lagi tinggi direkodkan.
“Macam-macam kaedah kita pakai. Antaranya adalah memberi nasihat, mengedarkan risalah dan buku panduan keselamatan, malah turut memberi hadiah atau buah tangan kepada pengguna jalan raya di plaza-plaza tol,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.
Menurut Ismail, beliau juga yakin latihan yang diberikan kepada orang ramai untuk mendapatkan lesen memandu juga cukup kemas, malah jalan raya di negara ini diiktiraf sebagai terbaik di dunia.
Beliau berkata, semua usaha dilakukan itu bagaimanapun dilihat hanya sia-sia apabila kadar kemalangan jalan raya dalam Ops Sikap Ke-24 masih tinggi setelah mencatatkan 259 kemalangan maut dengan 289 kematian.
Katanya, jumlah dicatatkan itu meningkat berbanding Ops Sikap Ke-23 di mana terdapat pertambahan 41 kes (18.8 peratus) kemalangan maut, manakala kematian turut meningkat 41 kes (16.5 peratus).
Keseluruhannya, kata beliau, sebanyak 19,462 kemalangan dicatatkan dalam Ops Sikap Ke-24 iaitu meningkat 2,645 kes (15.7 peratus) berbanding sebelum ini.
“Penunggang dan pembonceng motosikal merupakan penyumbang tertinggi dengan kadar kemalangan maut dan kematian berjumlah 178 kes (61.6 peratus) daripada 289 kematian yang direkodkan iaitu meningkat 35 kes (24.5 peratus).
“Mangsa paling banyak terkorban ialah mereka yang berusia 16 hingga 20 tahun,” katanya sambil memberitahu kemalangan paling tinggi berlaku antara pukul 4 dan 6 petang dan antara 1 hingga 2 pagi.
Beliau menambah, kajian mendapati lebih 85 peratus kemalangan berlaku disebabkan sikap pemandu dan pengguna jalan raya sendiri apabila memandu dalam keadaan cuai, letih, tertidur, mengekori kenderaan lain terlalu rapat dan leka.
Dalam pada itu, Ismail berkata, pihaknya akan membuat penjenamaan semula atau memberi nama baru yang lebih sesuai dan sinonim dengan keadaan semasa kepada Ops Sikap di musim perayaan pada masa hadapan.
Nak salahkan siapa lagi? pihak Polis telah membuat tugasan yang begitu baik. Tapi...sikap pemandu-pemandu tu sendiri. Memang sedih, setiap kali menjelangnya cuti perayaan, maka ramailah yang terkorban. Sampai bila perkara ini akan dapat diselesaikan?. Bagi pandangan saya, selagi sikap para pemandu itu sendiri tidak berubah, selagi itulah perkara ini tidak dapat di selesaikan. Ramai lagi yang akan terkorban, nyawa melayang seolah-olah harganya begitu murah sekali. Maka, fikir-fikirkanlah wahai para pemandu sekelian. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~
yang penting sekali mentaliti kena diubah
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteBersih 3 Suku...
Betul tu. Saya setuju dgn pendapat Sdr. Mentaliti. Itu yg penting utk diubah. Jangan memandu mengikut nafsu sendiri dan kalau kita memandu secara berhemah, kemalangan dpt dielakkan. Insyallah.