ASSALAM MUALAIKUM W.B.T SALAM AIDILFITRI SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA
Memandangkan suasana politik Tanah air yang tidak menentu, seorang blogger Pro Pembangkang mendesak Tok guru Nik Aziz untuk tidak bertanding di PRU ke-13 yang akan datang. Mungkin beliau akan kecundang. Agaknya le.
Luahan hati blogger tersebut berlaku semasa Forum Bual bicara bloggers dan Facebookers yang di anjurkan oleh Pas sendiri di kompleks Balai Islam Lundang, malam kemarin, Ahad.
Bukan calang-calang orang boleh menyuarakan pandangannya secara 'Live' dan membuat suasana pada malam itu menjadi 'Panas'. Jika di pandang dari sudut yang lain, memang ada lojiknya blogger tersebut menyuarakan pandangannya, kerana Nik Aziz dah tua, terlalu lama dia memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Kesian Tok Guru...nak juga dengo komen Tok Guru, tapi..tak ada pun.....bila ye?
~ Memang betul pun. Terlalu lama jadi Menteri Besar, tapi Kelantan masih mundur. Dan IBM agak, sekiranya Nik Aziz masih ingin bertanding, kemungkinan beliau akan kecundang dan sekali gus negeri Kelantan akan jatuh ke tangan UMNO/BN kembali. Itulah yang sangat2 di takuti oleh parti Pas. Luahan Blogger tersebut ada faktanya. Fikir-fikirkanlah. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~